Sebagai
usaha meraikan penulis pelbagai kaum di Malaysia yang melakukan aktiviti
swaterbit (self-publishing), saya
mahu membeli buku terus daripada para penulis terbabit.
Syarat dan panduan seperti
berikut:
- Penulis warganegara Malaysia.
- Buku Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil,
     atau Mandarin.
- Buku terbit antara 1 Januari 2021 dan 31
     Disember 2025.
- Fiksyen atau bukan fiksyen.
- Bukan buku bertema islamik.
- Bukan antologi (melibatkan lebih
     daripada seorang penulis).
- Buku swaterbit (self-published) iaitu diterbitkan sendiri oleh penulis dan
     ISBN didaftar di bawah nama penulis itu sendiri. Bukan buku yang diterbitkan oleh orang/syarikat lain.
- Buku wajib ada ISBN.
- Buku dicetak di Malaysia.
- Tidak menggunakan “ke” di tempat “kah”
     dalam buku itu. Contoh: “Awak sudah makan ke?”
- Peruntukan saya hanya RM100 bagi setiap penulis swaterbit. Kalau harga pasaran buku
     ialah RM25, maka anda boleh kirim 4 buku kepada saya.
- Wang RM100 akan dideposit ke akaun bank penulis
     terbabit; tidak boleh “menumpang”
     akaun syarikat/orang lain.
- Anda kirim buku kepada saya hanya selepas saya deposit RM100 ke
     akaun anda.
- Tarikh akhir: 31 Disember 2025 (9:00 malam).
Hubungi
saya (Uthaya Sankar SB) menerusi WhatsApp
011-11411952.
