23 Jan 2025

To Taiping (and Ipoh) With Love, 4-5 February 2025



Saya akan ke Taiping, Perak pada Februari 2025. Tujuan utama ialah bertemu dua rakan yang belajar bersama saya dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima (1985-1989) di Sekolah Menengah Darul Ridwan, Taiping.

Nama Teow Tick Kiong diabadikan dalam cerpen “(2) Postmortem” (Dewan Sastera, Februari 1994 dan CERPEN, 2024). Beliau kini tinggal di Kuala Lumpur.

Apabila saya ke Taiping pada 4-5 Februari 2025, Tick Kiong (Ah Kiong) sudah pun balik ke ibu kota. Maka, pada 4 Februari 2025, saya akan bertemu Lim Weng Kong (Ah Kong) yang kini berkerja di luar negara; balik untuk sambutan Tahun Baharu Cina. Juga akan bertemu Joo Swee Aun (Ah Aun) yang setia tinggal di Taiping.

Mereka bertiga – Ah Kiong, Ah Kong, dan Ah Aun – merupakan “tiga serangkai” di sekolah dahulu. Saya amat teruja untuk bertemu mereka semula setelah sekiah lama—selepas 35 tahun!

Memandangkan Ah Kong balik untuk bercuti bersama keluarga, tidak adil untuk saya “mencuri” terlalu banyak masanya. Dan memandangkan saya sudah merancang untuk ke Taiping, maka saya harap akan ada peluang untuk bertemu rakan-rakan lain yang lapang dan sudi. Berikut jadual saya:

 

Tarikh

Masa

Aktiviti

4 Feb 2025

(Selasa)

7:00 am

Bertolak ke Taiping

11:00 am

Mengunjungi ibu Suntheres (Kamunting)

1:30 pm

Penginapan/Rehat/Bersiap

2:30 pm

Bertemu Ah Kong dan Ah Aun (Taiping)

6:30 pm

Rehat/Bersiap/Makan Malam

6:30 pm

Bertemu Ramesh (Taiping/Simpang)

8:30 pm

Menulis/Membaca/Google Meet

11:30 pm

Tidur


Tarikh

Masa

Aktiviti

5 Feb 2025

(Rabu)

8:00 am

Sarapan – Pasar Aulong

9:00 am

Bertemu Raja Durai (Aulong)

10:00 pm

Rehat/Menulis/Bersiap

12:00 pm

Bertolak ke Ipoh

1:00 pm

Bertemu Cikgu Rao

3:30 pm

Bertemu Murugan (machan)

6:00 pm

Bertolak ke Shah Alam

 

Bagi ruang yang bertanda “kosong”, saya berharap dapat mengatur janji temu dengan sesiapa yang berkelapangan dan sudi bertemu; untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam, dan berbual-bual.

Boleh hubungi saya menerusi WhatsApp 011-11411952 dengan segera supaya ruang “kosong” dapat diisi sebelum 31 Januari 2025Ruang “kosong” akan dibuang apabila sudah ada janji temu diatur. [Kemas kini pada 28 Januari 2025: Semua ruang kosong sudah diisi.]