Pengenalan
Teks Bhagavad Gita
yang asalnya dalam bahasa Sanskrit sudah diterjemah – serta dikaji dan
diceritakan semula – dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Teks ini juga amat
popular dan disanjung dalam kalangan umat Hindu di Malaysia. Buku Bhagavad Gita: Dialog Arjuna dan Krishna di Kurukshetra
(2021) ialah penceritaan semula teks penuh dalam bentuk prosa menggunakan Bahasa Malaysia. Buku ini mendapat
sambutan amat baik daripada Bangsa Malaysia kerana membantu pembaca memahami
kandungan teks asal.
Perbincangan Bhagavad Gita
Satu sesi perbincangan santai dan sederhana mengenai kandungan
teks Bhagavad Gita diatur bagi
membuka ruang dan peluang kepada orang ramai berkongsi pandangan dan berdialog
secara beretika, bertamadun, dan sopan santun.
Tarikh
25 April 2024 (Khamis)
Masa
9:00 – 10:00 malam [Waktu Kavyan]
Pelantar
Google Meet
Bahasa Pengantar
Sesi perbincangan menggunakan Bahasa Malaysia. Sesiapa yang tidak tahu atau tidak mahu menggunakan Bahasa Malaysia diingatkan supaya tidak
mendaftar sebagai peserta.
Rangka Atur Cara
Sesi hanya berlangsung selama satu jam mengikut jadual
berikut:
9:00 malam
Para peserta
mendaftar masuk
(Pautan Google Meet hanya dikirim kepada peserta
berdaftar)
Para peserta
berkenal-kenalan
(Mendaftar
masuk ke sesi ditutup secara muktamad pada 9:05 malam)
Tangkapan
skrin (screenshot) sebagai
dokumentasi.
9:10 malam
Setiap peserta
membaca petikan Bhagavad Gita yang paling
diminati
(Pembacaan dibenarkan
dalam mana-mana bahasa)
(Peserta perlu
memaklumkan nombor Bab dan nombor Ayat semasa mendaftar)
(Sesi dirakam
untuk disunting dan dimuatkan di YouTube)
9:30 malam
Membincangkan
topik-topik berkaitan Bhagavad Gita
(Peserta perlu
mengemukakan topik/soalan semasa mendaftar)
(Topik/soalan
yang ada unsur menghina atau menyentuh sensitiviti umat Hindu atau memperlekeh teks
Bhagavad Gita tidak dibenarkan. Semua
soalan akan disaring dan ditapis oleh penyelaras)
(Sesi dirakam
untuk disunting dan dimuatkan di YouTube)
10:00 malam
Sesi tamat
secara automatik
Pendaftaran Peserta
Sesiapa yang mahu terlibat dalam Sesi Perbincangan Bhagavad Gita wajib mendaftar dengan mengisi [borang pendaftaran]. Hanya pendaftaran
lengkap dan sempurna dilayan serta dimasukkan dalam senarai peserta.
Tarikh Tutup
Pendaftaran ditutup pada 21 April 2024 (10:00 malam).
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut
Sila hubungi Uthaya Sankar SB menerusi e-mel uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp 011-11411952 sebelum 21 April 2024 (10:00 malam).