Pengenalan
Buku Dewi
Pertiwi (2024) ialah kumpulan esei (rencana, makalah)
ketiga saya; selepas Malaiur Manikam (2015), Mandala
Bicara (2016), dan Suvarna Bhumi (2022). Buku ini
meneruskan tradisi mengetengahkan pelbagai isu dan topik yang mungkin dianggap “sensitif”
tetapi amat wajar dibincangkan demi percambahan minda dalam kalangan Bangsa Malaysia yang menghargai ilmu.
Menulis Ulasan Buku Dewi Pertiwi
Orang ramai
yang sudah memiliki dan membaca buku Dewi
Pertiwi dipelawa menyertai pertandingan ini berdasarkan syarat, peraturan,
dan panduan yang ditetapkan.
Hadiah Ditawarkan
Empat (4)
ulasan terbaik masing-masing menerima hadiah wang tunai RM50 sahaja
Lima (5)
ulasan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM20 sahaja
Penyiaran Ulasan
Kesemua
ulasan yang diterima akan disunting dan mana-mana yang sesuai akan disiarkan di
blog saya
sebagai dokumentasi. Ulasan terpilih juga mungkin disiarkan di tempat lain
selepas mendapat persetujuan penulis ulasan itu.
Umur Peserta
Pertandingan
ini hanya terbuka kepada warganegara
Malaysia berumur minimum 16 tahun
(pada tahun 2024).
Panjang Ulasan
Panjang
setiap ulasan mestilah minimum 500 perkataan dan maksimum 600 perkataan
sahaja.
Petikan Teks Dari Buku
Teks (perenggan)
yang dipetik dari buku Dewi Pertiwi
dan dimasukkan dalam ulasan sebagai contoh tidak boleh diambil kira semasa
mengira panjang ulasan (500-600 perkataan).
Bahasa Ulasan
Ulasan
boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil, atau Cina (Mandarin). Jika petikan (perenggan)
dari buku Dewi Pertiwi dimasukkan
dalam ulasan, boleh sama ada dikekalkan dalam bahasa asal (Bahasa Malaysia)
atau diterjemah kepada bahasa yang digunakan untuk menulis ulasan itu.
Format Menulis Ulasan
Berikut contoh format dan urutan yang boleh digunakan sebagai panduan. Peserta bebas menggunakan apa-apa format mengikut gaya sendiri. Contoh di bawah hanya sebagai panduan. Jumlah perenggan juga hanya sebagai contoh.
Perenggan |
Maklumat |
Contoh (Rekaan) |
1 |
Bagaimana anda mendapatkan buku ini? Mengapa anda
berminat memiliki dan membaca buku ini? Apakah buku-buku lain oleh Uthaya
yang pernah anda baca? (sekitar 50 perkataan) |
Saya menerima buku Dewi Pertiwi (2024) sebagai hadiah hari jadi daripada seorang
sahabat. Senarai tajuk di halaman kandungan menarik minat saya untuk membaca
buku ini walaupun saya tidak pernah membaca mana-mana buku Uthaya sebelum
ini. |
2 & 3 |
Nyatakan perkara-perkara (ilmu, pengetahuan,
fakta) baharu yang anda perolehi dengan membaca buku ini. Boleh nyatakan juga
hal-hal yang anda tersalah faham selama ini tetapi mendapat maklumat sebenar
menerusi buku ini. (sekitar 200 perkataan) |
Ada beberapa perkara baharu yang saya ketahui
dengan membaca buku ini. Pertama, … Selama ini saya menyangka “XYZ” merujuk
kepada … tetapi barulah saya faham bahawa ia sebenarnya … |
4 |
Pilih satu
esei yang paling anda sukai dan ulas secara lebih lanjut. Nyatakan mengapa
anda paling menyukai esei itu. Apakah kelebihan atau keistimewaan esei itu? (sekitar 100-150 perkataan) |
Esei yang paling saya suka bertajuk “XYZ”. Pertama,
… |
5 |
Nyatakan apa-apa kelemahan atau kekurangan
yang ada pada buku ini. Cadangkan juga bagaimana kelemahan dan kekurangan itu
boleh diatasi. (sekitar 100 perkataan) |
Ada beberapa perkara yang kurang menyenangkan
saya berkenaan buku ini. Pertama … Saya mencadangkan supaya pertama, … |
6 |
Akhirnya, cadangkan siapa yang wajar membaca buku ini (jangan kata “semua orang”) dan
apakah manfaat yang boleh mereka
dapat dengan membaca buku ini. (sekitar 50
perkataan) |
Buku ini amat sesuai dibaca oleh ABC dan XYZ
kerana … |
Format Menaip Manuskrip Ulasan
Ulasan
mestilah ditaip menggunakan Microsoft Word dan disimpan (save) dalam format .doc dan bukannya
mana-mana format lain. Langkau satu (single
spacing) atau langkau dua (double spacing) dibenarkan asalkan kemas. Penggunaan fon (font) Arial atau Times New Roman
digalakkan.
Maklumat Yang Perlu Disertakan
Di hujung
manuskrip ulasan, sila nyatakan maklumat
diri (nama penuh, alamat rumah, nombor telefon, alamat e-mel) diikuti biodata ringkas sekitar 50 perkataan
sahaja [contoh biodata]. Para pemenang akan
dihubungi kemudian untuk mendapatkan nombor akaun bank.
Cara Menghantar Ulasan
Manuskrip
ulasan perlu dikirim sebagai lampiran
(attachment) ke alamat e-mel uthayasb@gmail.com
sahaja. Kiriman menerusi mana-mana cara lain atau ke alamat e-mel lain tidak
diterima.
Tarikh Tutup
Manuskrip
ulasan mestilah sampai kepada saya selewat-lewatnya pada 11 April 2024 (10:00 malam).
Pengumuman Pemenang
Senarai
pemenang dijangka diumum pada 16 April
2024 di blog ini. Para pemenang juga akan dihubungi menerusi e-mel atau WhatsApp untuk mendapatkan maklumat
akaun bank.
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Jika ada
sebarang pertanyaan (dan jawapan tidak ada di sini), sila hubungi saya
menerusi e-mel uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp 011-11411952 sebelum 10
April 2024 (10:00 malam).