Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Music Perception (Februari 2015) membuktikan bahawa setiap orang
berkebolehan untuk menyanyi. Ia dianggap kemahiran yang boleh dipelajari dan diperbaiki
menerusi latihan berterusan.
Bagaimana pula dengan kebolehan menulis karya kreatif
seperti cerpen? Adakah ia juga kemahiran yang boleh dipelajari dan diperbaiki
menerusi latihan berterusan?
Di Barat, terdapat pelbagai bengkel dan kelas khas untuk
membimbing sesiapa yang berminat untuk mempelajari kemahiran menulis. [CONTOH]
Malah, ramai yang berjaya menjadi penulis walaupun tidak dilahirkan dengan bakat
semula jadi.
Sejak 1994, saya mengendalikan puluhan bengkel penulisan
cerpen, berita, makalah dan puisi. Siri bengkel turut dikendalikan menerusi
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sejak diasaskan pada 1999.
Terbaharu, Bengkel Cerpen Kavyan akan diadakan
pada 18 Jun 2016 (Sabtu) di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Di akhir bengkel berkenaan, para peserta dijamin akan
memahami teknik dan selok-belok menghasilkan manuskrip cerpen yang bermutu dan
sesuai untuk siaran majalah-majalah berwibawa.
Mendaftar dan sertailah Bengkel
Cerpen Kavyan untuk menjawab sendiri persoalan sama ada
kemahiran menulis cerpen boleh dipelajari. Mungkin anda sendiri akan menjadi “jawaban”
yang dicari! - Lihat juga: English Skills for You(th)