2 Nov 2014

Apabila Mahathir Tegur Najib

Apakah dalam keghairahan dan niat murni memberikan teguran membina, Tun Mahathir Mohamad sebenarnya telah membuka pintu kota seluas-luasnya sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diasak dan dikritik semahu-mahunya oleh orang ramai?

Pertanyaan inilah yang timbul dalam minda bilamana saya meneliti pelbagai laporan dan komentar di media sosial susulan teguran Mahathir di blognya pada 18 Ogos 2014.

Saya tidak terus memberikan reaksi. Sebaliknya meneliti selama beberapa minggu untuk melihat tindak balas golongan politikus dan juak-juak politik yang pasti berada dalam dilema.

Sementara media arus perdana yang selalu tampil menyokong kerajaan pimpinan Najib berdiam diri, pelbagai pihak pula menggunakan ruang dan peluang yang dibuka oleh Mahathir untuk menghentam dan mengkritik presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.

Melihat kepada perkembangan inilah maka saya menyatakan kebimbangan bahawa Mahathir mungkin telah tersilap membuka pintu kota seluas-luasnya kepada “musuh” yang memang menunggu peluang untuk menyerang bertubi-tubi.

Langsung saya teringat akan kisah dalam Sejarah Melayu di mana watak bendahara, Sang Rajuna Tapa, membuka pintu kota kepada musuh atas kepentingan peribadi.

Mahathir mempunyai pengalaman dalam politik selama lebih 40 tahun. Tambahan pula, beliau memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun (1981-2003).

Maka, tentulah ramai yang bersetuju bahawa negarawan dan politikus itu mempunyai pengalaman, hak dan kewajaran membuat teguran terhadap pemimpin masa kini, khususnya Najib.

Umum mengetahui bahawa Mahathir sendiri yang memilih Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya pada 2003.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Mahathir jugalah yang mengkritik Abdullah secara terbuka serta menyokong Najib menjadi pengganti.

Lalu, mengapa Mahathir sendiri tampil menegur Najib, seolah-olah beliau “tersilap” membuat pilihan?

[Makalah ini ditulis pada 6 September 2014 dan disiarkan di Projek Dialog pada 10 September 2014. BACA MAKALAH PENUH DI SINI. © Uthaya Sankar SB 2014. Harap maklum bahawa anda membaca makalah ini serta segala kandungan di Blog Uthaya Sankar SB atas pilihan sendiri.]