Kisah mengenai Datin Jaliji (bukan nama
sebenar) muncul semasa saya dan rakan-rakan sedang berbual pada 14 April 2014
mengenai seorang individu yang muncul hampir setiap 15 minit menerusi iklan
ucapan Tahun Baru Tamil di sebuah stesen radio tempatan.
Siapakah wanita ini yang melanggar etika
dan peraturan iklan tetapi dibenarkan bersiaran menerusi sebuah stesen milik
kerajaan? Seolah-olah seluruh negara mengenalinya secara peribadi sehingga
tanpa menyebut siapakah dia, orang akan tahu sekadar dengan mendengar nama
sahaja.
Mungkin hanya saya yang tidak mengenalinya!
Selepas perkara dan kekeliruan ini dipaparkan menerusi Facebook,
seorang rakan mengirim mesej peribadi berserta pautan bagi akaun Facebook seorang individu lain yang
namanya hampir sama.
Bagaimanapun, memandangkan wanita itu
khabarnya pengasas dan presiden sebuah syarikat media, tentulah dia tahu syarat
dan peraturan penyiaran iklan menerusi media. Saya yakin bahawa mereka bukan
orang yang sama.
Topik perbincangan dan perkongsian mesej
peribadi mula beralih daripada “budak iklan” itu (Gitanjali Ji) kepada Datin
Jaliji yang nampaknya mempunyai kisah tersendiri.
Namanya sendiri mengingatkan saya kepada “Datuk Guluji” yang kisahnya pernah saya
paparkan menerusi makalah “Mari Mengenal Datuk Guluji” (The Malaysian Insider, 27 Januari 2014).
Mungkin
sahaja tiada sebarang hubungan antara Guluji dan Jaliji tetapi kedua-dua
individu ini nampaknya amat mengimpikan puji-pujian dan puja-pujaan. Pelbagai
taktik, manipulasi dan penipuan juga ditangani secara licik oleh mereka untuk
mendapat tempat di tengah masyarakat. [BACA MAKALAH PENUH]