10 Mar 2014

Dewa-dewi dalam Seni Agama Hindu

Dalam masa tidak sampai 48 jam, makalah bertajuk “Memahami konsep berhala Hindu” (Projek Dialog, 27 Februari 2014) dibaca dan dikongsi lebih 1,400 pengguna Facebook. [Dalam masa seminggu, melepasi angka 2,300 perkongsian.]
 
Sambutan di luar dugaan ini membuktikan secara jelas bahawa masyarakat pelbagai kaum, etnik dan agama di Malaysia berminat untuk mengambil tahu serta memahami konsep-konsep asas dalam ajaran dan agama yang terdapat di negara berpenduduk majmuk ini.
 
Saya percaya bahawa penerangan dan penjelasan yang disampaikan menggunakan Bahasa Malaysia yang mudah telah membantu khalayak memahami pelbagai perkara berkaitan konsep berhala dalam ajaran Hindu sejak lebih 5,000 tahun dahulu.
 
Pengetahuan dalam bidang Murtisilpasastra atau ikonografi iaitu ilmu seni/sains ukiran berhala boleh membantu orang ramai lebih memahami konsep berhala yang terdapat di kuil atau di rumah rakan-rakan penganut Hindu; tanpa perlu merasakan keimanan dan pegangan agama masing-masing tergugat. [BACA MAKALAH PENUH DI SINI] Baca juga: Koleksi Makalah Berkaitan Ajaran Hindu