15 Mar 2014

Wawancara Khas Guruji

[Ulasan mengenai temubual menyerupai advertorial di sebuah akhbar Tamil baru-baru ini.]
 
Pengasas sebuah kumpulan meditasi berasaskan ajaran Hindu menegaskan bahawa pertubuhan itu yang mula beroperasi di Johor sekitar 15 tahun lalu bertujuan semata-mata memperkasakan kembali ajaran itu dalam kalangan penganut Hindu.
 
Balakrishnan Vellasamy yang lebih dikenali dalam kalangan pengikut tegarnya sebagai “Yoga Jnana Sittar Om Sri Raja Yoga Guru Datuk Seri Guruji” tampil membela dirinya menerusi wawancara khas satu muka yang disiarkan di akhbar Tamil Nesan pada 9 Mac 2014.
 
Tajuk wawancara itu boleh diterjemahkan secara kasar sebagai “Objektif saya adalah kerohanian; maka para pengikut menyebelahi saya”. Bagaimanapun, entah mengapa namanya hanya ditulis sebagai “Datuk Balakrishnan” dan bukannya “Datuk Seri Guruji” seperti lazim; termasuk di stesen radio MinnalFM (RTM).
 
Sambil mengaku bahawa jumlah pengikut Rajayoga Power Transcendental (RPT) kini melebihi 5 juta orang, Balakrishnan cuba menjelaskan bahawa perniagaan itu yang didaftarkan secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertujuan “membina semangat kepimpinan” dalam kalangan pengikut. [BACA MAKALAH PENUH DI SINI] - [KISAH DATUK GULUJI]