6 Oct 2013

Panduan Membaca Hanuman – Remaja

Lupakan sebentar tentang kisah epik klasik Ramayana yang mungkin pernah anda baca sejak usia kanak-kanak. Apa yang disajikan menerusi Hanuman: Suara Hati (2013) adalah versi baru yang pasti lebih sesuai dengan jiwa remaja. Hanuman dalam novel ini menceritakan sendiri kisah dan pengalamannya. Sambil anda mendengar kera putih bermata hijau itu bercerita kepada anda, anda akan sedar bahawa anda sebenarnya ada seorang rakan yang mahu berkongsi kisah dan pengalaman diri. Ya, anda tidak sendirian menghadapi cabaran dalam hidup ini! [Panduan untuk kanak-kanak] [Panduan untuk pembaca dewasa]