5 Oct 2013

Panduan Membaca Hanuman – Kanak-kanak

Suakan novel Hanuman: Suara Hati (2013) kepada kanak-kanak berusia minimum 4 tahun. Biarkan mereka membelek-belek dan melihat lukisan yang terdapat di dalamnya. Apabila mereka kelihatan tertarik pada sesuatu lukisan, berceritalah mengenai lukisan itu. Atau minta kanak-kanak berkenaan menceritakan kepada anda mengenai lukisan tersebut. Perkenalkan watak Hanuman kepada kanak-kanak. Luangkan masa sekitar 5 minit sahaja bagi setiap sesi. Jangan memaksa kanak-kanak itu. Lama-kelamaan, mereka akan berminat untuk mengetahui kisah lanjut Ramayana, Hikayat Seri Rama dan pelbagai epik/hikayat berkaitan Hanuman yang terdapat di seluruh negara. Melentur buluh biarlah dari rebung. [Panduan untuk pembaca remaja] [Panduan untuk pembaca dewasa]