Lupakan sebentar tentang kisah epik klasik Ramayana yang mungkin pernah anda baca
sejak usia kanak-kanak. Apa yang disajikan menerusi Hanuman: Suara Hati (2013) adalah
versi baru yang pasti lebih sesuai dengan jiwa remaja. Hanuman dalam novel ini
menceritakan sendiri kisah dan pengalamannya. Sambil anda mendengar kera putih
bermata hijau itu bercerita kepada anda, anda akan sedar bahawa anda sebenarnya
ada seorang rakan yang mahu berkongsi kisah dan pengalaman diri. Ya, anda tidak sendirian menghadapi cabaran dalam hidup ini! [Panduan untuk kanak-kanak] [Panduan untuk pembaca dewasa]