18 Feb 2013

Siru Kambam - Etnosentrik

Hakikat yang tidak dapat dinafikan atau disembunyikan adalah bahawa Uthaya Sankar SB adalah antara pengarang, pengkritik, pejuang dan aktivis yang paling dibenci beberapa puak etnosentrik di Malaysia. Beberapa kisah yang berkaitan secara langsung dengan puak-puak berkenaan juga dipaparkan secara terbuka dalam kumpulan cerpen Kisah dari Siru Kambam (2013).