20 Mar 2010

Ke RTM dan DBP

Pada awal pagi 16 Mac 2010, saya ke Angkasapuri, Kuala Lumpur. Sampai di Kafe RTM, saya membeli akhbar Sinar Harian untuk membaca berita mengenai “Jom Kenali Sasterawan Negara”.

..

Seterusnya, saya memblog kerana kemudahan WiFi tersedia di situ. Kebetulan, kedua-dua bahan catatan minda pada hari berkenaan agak “panas” dan ada kaitan secara langsung dengan Jabatan Penyiaran Malaysia: “Emolumen yang Terlebih Bayar” dan “Ugadi Membawa Unsur-unsur Keling?

..

Sambil bersarapan, saya sempat juga menerima “kunjungan” beberapa rakan lama yang masih setia bersama RTM. Rata-rata mahu tahu perkembangan diri dan kerjaya saya di Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. Saya mencadangkan mereka mengikuti perkembangan saya dari semasa ke semasa di blog saya!

..

Sekitar 9:00 pagi, saya ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Malangnya, ramai kakitangan dan pegawai yang bercuti, serta ramai yang menghadiri mesyuarat dan kursus.

..

Saya bertemu Urus Setia Anugerah Sastera Negara (ASN) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) untuk membincangkan perkembangan terbaru berkaitan kedua-duanya.

..

Saya juga mengambil borang pencalonan ASN kerana, seperti yang diketahui umum, saya akan mencalonkan Prof Madya Dr Lim Swee Tin sebelum 31 Mei 2010 [BACA DI SINI]. Saya juga berbual-bual bersama Zulkeply Mohamad.

..

Selepas itu, saya ke Koperasi Buku DBP untuk membeli majalah Dewan Pelajar keluaran Januari, Februari dan Mac 2010 untuk Devishi Prabha Sankari.

..

Saya tersenyum sendiri melihat sisipan dalam majalah Dewan Pelajar dan Dewan Siswa kembali menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” sebagai akur pada keputusan/arahan Kementerian Pelajaran. Begitu juga buku-buku teks Bahasa Malaysia terbitan DBP.

..

Kemudian, saya sempat juga bertemu Armin Azhari yang keluar sebentar daripada mengikuti kursus majalah dalam talian untuk kami berbual tentang aktiviti Kumpulan Sasterawan Kavyan.