20 Oct 2009

Otak-otak dan Satar di Kemaman

Pada petang 19 Oktober 2009, saya berpeluang bertemu Urus Setia yang bertanggungjawab menguruskan Program Galakan Membaca MBKM di Cherating, Pahang.

Kami berkonvoi ke Kemanan, Terengganu untuk menikmati otak-otak dan satar. Saya pernah mendengar nama otak-otak tetapi ini kali pertama memakannya.

Mengenai satar pula, saya berjenaka adakah ia produk yang dikaitkan dengan Aziz Satar. Sebetulan, kami makan otak-otak dan satar di Warung Aziz Satar!

Pada sebelah malam, berlangsung pula sesi “ice-breaking” yang dikendalikan oleh Puan Norhayati.

Apabila pulang ke Bilik 212 selepas pukul 10:00 malam, saya berusaha mengemas kini blog dan album foto di Facebook. Malangnya, WiFi amat kurang memuaskan.

Saya “berbual” (chat) bersama anak, Ganesan Duraisamy, melalui YM dengan keadaan WiFi yang sekejap ada, sekejap tiada.

Tidur pada pukul 4:30 pagi.