16 Jul 2009

Pelancaran 10 Buku Penerbit Universiti Malaya

Golongan pensyarah dan tenaga pengajar berpengalaman di Institusi Pengajian Tinggi diseru supaya bersikap proaktif dan membukukan hasil kajian ilmiah yang dilakukan.

Tesis dan kajian ilmiah seperti itu perlu disebarkan kepada umum untuk menambah bahan bacaan akademik.

Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Dato’ Dr. Mohd Amin Jalaludin berkata, para ilmuan tempatan perlu berani menonjolkan diri dan kepakaran yang dimiliki berdasarkan pengalaman yang dimiliki.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan “Pelancaran 10 Buku Penerbit Universiti Malaya” di Kuala Lumpur pada 16 Julai 2009.

Kesemua buku berkenaan dihasilkan oleh tenaga pengajar universiti tersebut dan diterbitkan oleh Penerbit UM.

Antara buku yang dilancarkan ialah The Alliance: Road to Independence, Sejarah China Moden, Semiotik Persembahan Wacana, Hikayat Sarawak dan Perlindungan Kanak-kanak Berisiko.

Diskusi buku The Alliance: Road to Independence pula dilakukan oleh Prof. Dato’ Abu Bakar dan Sayed Munawar Sayed Mustar.
.
Maklumat lanjut: KLIK DI SINI