8 Aug 2024

Anda Tanya, Saya Jawab

Saya mahu membuat beberapa rakaman video pendek berdasarkan soalan dan pertanyaan yang dikemukakan rakan-rakan. Video akan disunting untuk didokumentasi di YouTube dan dikongsi di media sosial.

Hanya bagi individu yang sudah membeli dan membaca buku saya.

Senarai buku saya boleh dirujuk [di sini].

Perlu pilih satu buku sahaja. Jangan tamak!

Tanya satu soalan yang anda ingin tahu berkaitan buku itu.

Elakkan bertanya soalan yang sudah ada jawapan di dalam buku-buku saya atau di blog saya.

Tanya soalan berdasarkan “rasa ingin tahu” dan bukannya “nak uji kebijaksanaan Uthaya”.

Soalan ringkas-padat sahaja. Tidak perlu tulis karangan.

Kirim ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya).

Wajib sertakan maklumat diri iaitu (a) nama sebenar, dan (b) tempat tinggal iaitu bandar dan negeri. Contoh: Kumar a/l Alagapan (Kuantan, Pahang)

Wajib kirim foto diri. Sama ada foto pasport atau foto bergaya atau foto bibir muncung itik.

Soalan terpilih sahaja akan dijawab menerusi rakaman video.

Maklumat orang yang bertanya (nama, tempat tinggal, foto) akan dipaparkan dalam video.

Setiap video jawapan dianggarkan sekitar 3-4 minit sahaja.

Tarikh tutup: 16 Ogos 2024 (9:00 malam)