14 Aug 2024

Sumbangan Buku Untuk Sekolah


Pengenalan

Kita menyedari kurangnya bahan bacaan bermutu untuk murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah yang menggambarkan realiti masyarakat majmuk serta mewakili pengalaman hidup kanak-kanak dan remaja. Situasi lebih malang apabila kita berusaha mencari bahan bacaan Sastera Melayu dan karya Bahasa Malaysia oleh penulis tempatan. Pada masa sama, pihak sekolah menghadapi kekangan kewangan untuk mendapatkan bahan bacaan bermutu.




Sumbangan Buku Untuk Sekolah

Dalam situasi ini, orang ramai boleh memainkan peranan dengan menyumbangkan buku cerita yang benar-benar dapat membantu murid dan pelajar menimba ilmu sambil berhibur. Sama ada ibu bapa dan penjaga, atau bekas murid dan bekas pelajar, boleh membantu pihak perpustakaan sekolah memiliki buku cerita bermutu. Jika anda pernah membaca buku Ikan Patin dan Beruang Besar (2017), maka anda tentu menyedari kesesuaian kumpulan cerpen ini dijadikan bahan bacaan di sekolah rendah dan menengah. Buku ini dicetak semula sejumlah 200 naskhah pada awal September 2024 khusus bagi kempen sumbangan buku untuk sekolah. Kumpulan 10 cerpen ini sesuai bagi murid sekolah rendah (Tahun 4, 5, 6) dan pelajar sekolah menengah (Tingkatan Peralihan, 1, 2, 3).

[Baca: Jangan Biar Minda Anak Berkarat]


Sekolah Mana?

Anda boleh memilih mana-mana sekolah, khususnya sekolah rendah atau sekolah menengah di mana anda pernah belajar. Atau anda boleh memilih sekolah berdekatan rumah anda. Atau sekolah di mana anak anda belajar sekarang. Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), dan sebagainya megikut pilihan anda. Asalkan sekolah itu berada di Malaysia, serta anda dapat memberikan alamat penuh dan nombor telefon sekolah itu untuk memudahkan penghantaran buku melalui pos.


Jumlah Sumbangan

Apabila anda menyumbang RM50, maka empat naskhah buku Ikan Patin dan Beruang Besar akan dikirim melalui pos ke sebuah sekolah pilihan anda di Malaysia. Turut disertakan surat yang menyatakan nama dan nombor telefon anda sebagai penyumbang. Satu salinan surat itu akan turut diberi kepada anda untuk tujuan rekod.

[Baca: Petikan Cerpen dalam Buku Ini]


Prosedur Sumbangan

1. Deposit sumbangan RM50 ke akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar SB).

2. Kirim maklumat berikut ke WhatsApp 011-11411952:

(a) Nama Anda:

(b) Nombor Telefon Anda:

(c) Tarikh Deposit:

(d) Nama Sekolah Pilihan:

(e) Alamat Penuh Sekolah:

(f) Nombor Telefon Sekolah:

Penting: Sila maklumkan jika anda tidak mahu nombor telefon anda dinyatakan pada surat kepada sekolah.

Nota: RM50 = 1 sekolah, RM100 = 2 sekolah.

Harap maklum: Resit berasingan tidak diberi kerana anda menyumbangkan buku kepada sekolah.

Buku dijadual dikirim mulai 7 September 2024.

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Mahu membeli untuk diri sendiri/anak? Sila rujuk [di sini]. Hubungi Uthaya Sankar SB menerusi WhatsApp 011-11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com sebelum 30 September 2024.