9 Apr 2024

Hadiah Buku Kes “Hina Nabi”

Pengenalan

Umum mengetahui bahawa saya ditahan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 11 April 2022 dan saya terpaksa bermalam di lokap IPD Dang Wangi atas tuduhan “hina nabi”. Hampir dua tahun kemudian, pada 3 April 2024, telefon bimbit saya yang dirampas dan dijadikan “barang kes” dipulangkan dan disahkan bahawa kes “hina nabi” itu dikategori sebagai “tiada tindakan lanjut” atau “no further action” (NFA). Baca kisah penuh [di sini].

 

Hadiah Buku

Sebagai “meraikan” dan “memperingati” ulang tahun kedua insiden saya ditangkap polis atas tuduhan “hina nabi” serta pengesahan kes “digugurkan” dua tahun kemudian kerana tiada apa-apa bukti prima facie “hina nabi”, saya mahu memberi hadiah buku kepada orang ramai. Kumpulan esei Suvarna Bhumi terbit pada Februari 2022 dan usaha promosi tergendala serta terjejas susulan saya ditangkap polis pada April 2022. Projek buku Khanda Puranam dimulakan pada awal April 2022 tetapi tergendala akibat tangkapan itu; lalu diteruskan pada Mei 2022. Walaupun masih terpalit tuduhan “hina nabi” dan berdepan boikot pelbagai pihak, saya berjaya menghasilkan buku Katha Sarit Sagara pada Januari 2023 berkat sokongan rakan-rakan. Kini, orang ramai boleh memilih untuk menerima salah satu buku ini sebagai hadiah sempena memperingati peristiwa saya dituduh “hina nabi”.

 

Bayaran Kos Pengurusan dan Penghantaran

Sesiapa yang mahu menerima salah satu buku di atas sebagai hadiah perlu membuat bayaran RM10 bagi menampung kos pengurusan dan kos penghantaran buku melalui pos ke mana-mana alamat sah di seluruh Malaysia. Kos penghantaran ke luar negara adalah berbeza—sila hubungi saya jika kiriman buku ke alamat di luar Malaysia.



Tempoh Pemberian Hadiah Buku

Pendaftaran bagi menerima hadiah buku ditutup secara muktamad pada 11 April 2024 (10:00 malam) berpandukan prosedur di bawah.

 

Prosedur Mendapatkan Hadiah Buku

1. Pilih satu sahaja buku: Suvarna Bhumi, Khanda Puranam, atau Katha Sarit Sagara.

2. Buat bayaran RM10 ke akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar SB) bagi kos pengurusan dan kos penghantaran buku melalui pos.

3. Simpan slip bayaran sebagai bukti. JANGAN kirim kepada saya!

4. Isi borang – [di sini] – dengan lengkap.

5. Tunggu pengesahan daripada saya.

6. Buku dijangka dikirim melalui pos pada 13 April 2024 (Sabtu).

 

Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi saya menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 sebelum 11 April 2024 (8:00 malam).