Pengenalan
Umum
mengetahui bahawa saya ditahan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada
11 April 2022 dan saya terpaksa bermalam di lokap IPD Dang Wangi atas tuduhan “hina
nabi”. Hampir dua tahun kemudian, pada 3 April 2024, telefon bimbit saya yang
dirampas dan dijadikan “barang kes” dipulangkan dan disahkan bahawa kes “hina
nabi” itu dikategori sebagai “tiada tindakan lanjut” atau “no further action” (NFA). Baca kisah penuh [di sini].
Hadiah Buku
Sebagai “meraikan”
dan “memperingati” ulang tahun kedua insiden saya ditangkap polis atas tuduhan “hina
nabi” serta pengesahan kes “digugurkan” dua tahun kemudian kerana tiada apa-apa
bukti prima
facie “hina nabi”, saya mahu memberi hadiah buku
kepada orang ramai. Kumpulan esei Suvarna Bhumi terbit pada Februari
2022 dan usaha promosi tergendala serta terjejas susulan saya ditangkap polis
pada April 2022. Projek buku Khanda Puranam dimulakan pada awal April
2022 tetapi tergendala akibat tangkapan itu; lalu diteruskan pada Mei 2022. Walaupun
masih terpalit tuduhan “hina nabi” dan berdepan boikot pelbagai pihak, saya
berjaya menghasilkan buku Katha Sarit Sagara pada Januari 2023 berkat
sokongan rakan-rakan. Kini, orang ramai boleh memilih untuk menerima salah satu buku ini sebagai hadiah sempena
memperingati peristiwa saya dituduh “hina nabi”.
Bayaran Kos Pengurusan dan Penghantaran
Sesiapa
yang mahu menerima salah satu buku di atas sebagai hadiah perlu membuat bayaran
RM10 bagi menampung kos pengurusan
dan kos penghantaran buku melalui pos ke mana-mana alamat sah di seluruh
Malaysia. Kos penghantaran ke luar negara adalah berbeza—sila hubungi saya jika
kiriman buku ke alamat di luar Malaysia.
Tempoh Pemberian Hadiah Buku
Pendaftaran
bagi menerima hadiah buku ditutup secara muktamad pada 11 April 2024 (10:00 malam) berpandukan prosedur di bawah.
Prosedur Mendapatkan Hadiah Buku
1. Pilih satu sahaja buku: Suvarna
Bhumi, Khanda Puranam, atau Katha Sarit Sagara.
2. Buat bayaran RM10 ke akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar SB) bagi kos
pengurusan dan kos penghantaran buku melalui pos.
3. Simpan slip bayaran sebagai
bukti. JANGAN kirim kepada saya!
4. Isi borang – [di sini] – dengan lengkap.
5. Tunggu pengesahan daripada saya.
6. Buku dijangka dikirim melalui pos
pada 13 April 2024 (Sabtu).
Pertanyaan
Jika ada
sebarang pertanyaan, hubungi saya menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 sebelum 11 April 2024 (8:00 malam).