13 Jun 2023

Bengkel Penulisan Cerpen Untuk Pembaca Remaja

Pengenalan

Sejak diasaskan pada tahun 1999, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) berusaha membimbing bakat baharu dalam penulisan karya Bahasa Malaysia. Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 1991 serta berpengalaman membimbing bakat baharu di seluruh negara sejak tahun 1994. Antara bengkel penulisan yang dikendalikan baru-baru ini ialah Sesi Penulisan Intensif (Disember 2018 – November 2019), Siri Ceramah Penulisan (Jun 2020 – April 2021), dan Sesi Penulisan Cerpen (Jun 2021 – Mei 2022).

 

Bengkel Penulisan Cerpen Untuk Pembaca Remaja

Bengkel kali ini khusus untuk membimbing peserta menghasilkan karya fiskyen iaitu cerpen (cerita pendek) yang sesuai bagi bacaan khalayak remaja. Secara umum, pembaca remaja yang dimaksudkan bagi tujuan bengkel ini terbahagi tiga: remaja awal (13 – 15 tahun), remaja pertengahan (16 – 17 tahun) dan remaja akhir (18 – 19 tahun). Peserta dinasihatkan supaya memilih salah satu kelompok sasaran pembaca apabila menghasilkan draf cerpen bagi tujuan bengkel ini.

 

Maklumat Bengkel

Bengkel akan dikendalikan secara dalam talian (online) seperti berikut:

 

Tarikh: 22 Julai 2023 (Sabtu)

Masa: 9.00 – 11.00 malam

(disambung hingga 11.45 malam jika ramai peserta)

Pelantar: Google Meet

 

Peserta Bengkel

Penyertaan dibuka kepada warganegara Malaysia berumur minimum 17 tahun dan benar-benar berminat mendalami ilmu penulisan cerpen Bahasa Malaysia. Individu yang merupakan pembimbing mana-mana sesi/bengkel penulisan tidak diterima sebagai peserta. Sesi akan dikendalikan jika ada minimum empat (4) peserta.

 

Bahasa Pengantar

Bengkel dikendalikan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Istilah/frasa bahasa-bahasa lain mungkin digunakan mengikut keperluan.

 

Bayaran Penyertaan

Bagi setiap sesi, bayaran (“pengeras”) yang dikenakan ialah RM20 sahaja. Bayaran tidak dipulangkan jika peserta menarik diri atau tidak hadir. Bagaimanapun, bayaran akan dipulangkan jika sesi berkenaan dibatalkan susulan tidak cukup minimum empat (4) peserta.

 

Tarikh Tutup

Pendaftaran ditutup pada 15 Julai 2023 (8.00 malam).      

 

Cara Mendaftar

Buat bayaran ke akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar SB). Kemudian, kirim maklumat diri (nama dan nombor telefon) ke WhatsApp 011-11411952.

 

Soalan Peserta

Setiap peserta boleh mengemukakan satu atau dua soalan/topik yang mahu turut dibincangkan pembimbing pada sesi. Soalan mengenai penulisan cerpen atau apa-apa soalan umum berkaitan penulisan dan penerbitan. Soalan/topik perlu dikirim selewat-lewatnya pada 19 Julai 2023 (8.00 malam) menerusi WhatsApp.

 

Draf Manuskrip

Setiap peserta wajib mengemukakan satu (1) draf manuskrip cerpen untuk dibedah pada sesi yang disertai. Panjang draf manuskrip adalah minimum 300 perkataan dan maksimum 600 perkataan. Draf manuskrip mestilah karya asli dan belum tersiar di mana-mana. Jika draf manuskrip melebihi 600 perkataan, pastikan kirim bahagian awal maksimum 600 perkataan sahaja. Semak ejaan, imbuhan, dan tanda baca sebelum manuskrip dikirim kepada pembimbing. Draf manuskrip perlu dikirim sebagai lampiran (attachment) ke e-mel uthayasb@gmail.com selewat-lewatnya pada 19 Julai 2023 (8.00 malam).


Kandungan Bengkel

Secara umum, bengkel ini merangkumi bidang penulisan cerpen remaja secara menyeluruh, iaitu dari topik mencari idea hingga usaha menerbitkan karya berkenaan. Panduan diberi berdasarkan pengalaman pembimbing terlibat dalam bidang penulisan selama lebih 30 tahun. Soalan/topik yang dikemukakan oleh peserta juga dibincang semasa sesi. Draf manuskrip
setiap peserta dibedah, dikritik, dihurai, dan dicadangkan cara untuk dibaiki supaya mencapai mutu yang sesuai untuk diterbitkan.
 

(Peserta bengkel pada 22 Julai 2023)

Bimbingan Di Luar Sesi

Sebarang bimbingan berkaitan bidang penulisan dan penerbitan tidak akan diberi di luar waktu bengkel.

 

Bengkel Seterusnya

Bengkel seterusnya pada 26 Ogos 2023 (Sabtu). Sila hubungi Uthaya menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 untuk maklumat lanjut.