Saya [Uthaya Sankar SB] bercadang untuk memandu dari Shah Alam, Selangor ke Taiping, Perak, dan seterusnya hingga ke Sungai Petani, Kedah pada Julai 2023. Jika mahu bertemu, sila beritahu saya selewat-lewatnya pada 5 Julai 2023 (9:00 malam).
Cadangan/rancangan
seperti berikut:
8 Julai 2023 (Sabtu)
7:00 pagi
Bertolak dari Shah Alam, Selangor.
Melalui jalan lama merentas: Kapar –
Kuala Selangor – Tanjong Karang – Sabak Bernam – Teluk Intan – Sitiawan –
Pantai Remis.
Menuju ke Taiping, Perak.
Singgah berjumpa mana-mana rakan/kenalan yang sudi bertemu untuk berbual, makan-minum, dan berkongsi kisah secara santai dan harmoni.
(Nota: Saya tidak membawa buku-buku saya. Jika mahu membeli buku, sila rujuk di sini.)
4:00 petang (anggaran)
Di Taiping, Perak.
Berjumpa mana-mana rakan/kenalan yang sudi bertemu untuk berbual, makan-minum, dan berkongsi kisah secara santai dan harmoni.
4:00 – 6:00 petang – Sudah ada janji temu minum petang di Taiping.
6:00 petang – 8:00 malam – [masih kosong]
8:00 – 9:30 malam – Sudah ada janji temu makan malam di Taiping.
9:30 malam
Rehat, menulis, membaca. (Tiada sebarang sesi pertemuan.)
9 Julai 2023 (Ahad)
8:00 pagi
Bertolak dari Taiping, Perak.
Melalui jalan lama merentas: Bagan
Serai – Parit Buntar – Simpang Ampat – Bukit Mertajam – Butterworth – Kepala Batas.
Menuju ke Sungai Petani, Kedah.
Singgah berjumpa mana-mana rakan/kenalan yang sudi bertemu untuk berbual, makan-minum, dan berkongsi kisah secara santai dan harmoni.
12:00 tengah hari – 2:00 petang – Sudah ada janji temu makan tengah hari di Simpang Ampat.
(Nota: Saya tidak membawa buku-buku saya. Jika mahu membeli buku, sila rujuk di sini.)
2:00 petang (anggaran)
Ke Sungai Petani, Kedah.
Berjumpa mana-mana rakan/kenalan yang sudi bertemu untuk berbual, makan-minum, dan berkongsi kisah secara santai dan harmoni.
2:30 petang – 4:30 petang – Sudah ada
janji temu di Sungai Petani.
5:00 petang – 7:00 malam –
Sudah ada janji temu di Sungai Petani.
9:00 malam
Urusan PEN Malaysia. Rehat, menulis, membaca. (Tiada sebarang sesi pertemuan.)
10 Julai 2023 (Isnin)
9:00 pagi
Bertolak dari Sungai Petani, Kedah.
Menggunakan PLUS melalui/merentas Kuala Kangsar – Ipoh – Bidor – Tanjung Malim.
Menuju Shah Alam, Selangor.
Singgah berjumpa mana-mana rakan/kenalan yang sudi bertemu untuk berbual, makan-minum, dan berkongsi kisah secara santai dan harmoni.
11:00 pagi – 12:30 tengah hari – Singgah di SK Convent Aulong
1:00 tengah hari – 2:30 petang – Sudah ada janji temu makan tengah hari di Ipoh.
(Nota:
Saya tidak membawa buku-buku saya.
Jika mahu membeli buku, sila rujuk di sini.)
Jika sesiapa ingin dan sudi bertemu, berbual, makan-minum, dan berkongsi kisah secara santai dan harmoni, maka sudilah hubungi saya menerusi WhatsApp 011-11411952 dengan kadar segera untuk mengisi “slot masa” yang tersedia.
Mana tahu, ada cerita/kisah/bahan menarik yang boleh mencetuskan idea bagi penulisan saya di ruangan “Bicara Budaya” di akhbar Utusan Malaysia. Atau untuk merancang aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni, dan budaya pada masa depan.
Penting: Sebarang cubaan selepas 5 Julai 2023 (9:00 malam) untuk mengatur slot pertemuan tidak akan dilayan.