Kita ada Unit Anjing Pengesan (K9) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kerja-kerja unik seperti mengesan dadah, bahan letupan, dan senjata api, menjejak penjenayah, mencari orang yang hilang (termasuk tertimbus), serta mengesan mayat di sungai, tasik, laut, atau di bawah runtuhan.
Selain
daripada itu, anjing pemandu arah yang terlatih dan dipakaikan jaket khas juga digunakan
golongan OKU, khususnya mereka yang cacat penglihatan. Namun, tidak dapat
dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia kerana sensitiviti agama.
Acara I Want To Touch A Dog pada Oktober 2014 menimbulkan kontroversi kerana dikatakan tidak menghormati agama Islam dan orang Muslim. Makalah bertajuk “Pahala Sayangi Anjing” (The MalayMail Online, 10 November 2014) dan “Kami Tidak Benci Anjing” (The MalayMail Online, 19 Januari 2015) turut membicarakan topik hangat ini.
Bagi orang Bukan Islam pula, ramai yang masih tertanya-tanya apakah sebab sebenar orang Islam di Malaysia “takut” pada anjing; sama ada untuk menyentuh, melihat, atau memeliharanya. Tambahan pula, kita sering membaca berita mengenai orang membunuh anjing tanpa belas kasihan.
Di Arab
Saudi, “Visi 2030” yang digerakkan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman
menyaksikan gerakan reformasi radikal. Semakin ramai orang Arab beragama Islam memelihara
anjing secara terbuka.
Dalam Surah Al-An’am (Ayat 38), Allah mengingatkan bahawa kesemua binatang di bumi dan langit (burung) adalah juga umat-Nya, sama seperti manusia.
Dalam Hadis diceritakan mengenai seorang lelaki yang memberi air kepada seekor anjing yang kehausan. Muhammad mengesahkan bahawa Allah menerima amal lelaki itu serta mengampuni dosanya.
Dalam Hadis dinyatakan bahawa tiga perkara yang membatalkan solat adalah anjing, keldai, dan wanita.
Dinyatakan juga dengan jelas bahawa binatang buruan yang dibunuh oleh anjing pemburu (yang dilepaskan dengan bacaan Bismillah) adalah halal untuk dimakan.
Pendirian Allah dan kekasih-Nya terhadap anjing seolah-olah berubah secara beransur-ansur. Hal ini diperhatikan menerusi dokumentasi yang terkandung dalam Hadis.
Dalam Hadis dinyatakan bahawa Muhammad bersabda: “Andaikan anjing-anjing itu bukan bahagian dari makhluk Allah, nescaya aku akan perintahkan untuk membunuhi anjing-anjing.”
Isteri ketiga Muhammad iaitu Aisyah binti Abu Bakar meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Jibril tidak datang bertemu Rasulullah mengikut jadual. Kemudian, Muhammad menyedari seekor anak anjing di bawah tempat tidur (katil).
Makalah penuh boleh dibaca dalam kumpulan esei Suvarna Bhumi (2022). Nota: Ditulis sebelum saya “tinggalkan” Islam - [baca di sini]