Sementara itu, Sesi Santai:
Bhagavad Gita diatur khusus untuk para penyumbang dan orang ramai bertemu secara
maya dan berbual secara terbuka tentang hal-hal berkaitan projek penerbitan
buku ini.
Tarikh: 27 Mac 2021 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 10.00 malam
Pelantar: Google Meet
Peserta: Para penyumbang dan orang ramai
Bahasa: Bahasa Malaysia
Reka kulit buku
dan sebarang perkembangan terkini
akan dikongsi.
Sesi ini juga bertujuan merakamkan
penghargaan kepada para penyumbang kerana tanpa sokongan para penyumbang,
buku ini tentu tidak mampu diterbitkan.
Orang ramai yang berminat perlu mengesahkan penyertaan dengan
mengirim:
A) Minimum 1 soalan yang ditujukan kepada Uthaya Sankar SB
selaku penulis dan penerbit buku ini.
B) Minimum 1 soalan untuk dibincangkan
bersama oleh para peserta sesi secara santai.
Sila kirim A
dan B ke WhatsApp 011–11411952 (Uthaya)
selewat-lewatnya pada 25 Mac 2021, pukul 9:00 malam.
Soalan dan nama peserta akan dipaparkan pada skrin (PowerPoint) untuk dijawab dan
dibincangkan pada Sesi Santai: Bhagavad Gita.
Soalan dan topik yang diketengahkan perlu ada kaitan dengan
projek buku Bhagavad Gita yang sedang
diusahakan. Tidak dibenarkan melakukan serangan peribadi terhadap mana-mana
individu atau pertubuhan.
Pautan (link)
untuk Google Meet akan dikirim
menerusi WhatsApp sekitar 15 minit
sebelum Sesi Santai: Bhagavad Gita
bermula pada 27 Mac 2021.
Oleh kerana ini merupakan sesi yang agak santai, ahli
keluarga para peserta (penyumbang) juga boleh turut serta semasa sesi
berlangsung pada 27 Mac 2021.
[Related: The Bhagavad Gita in Bahasa Malaysia]
Semoga sesi ini mendapat sokongan para penyumbang dan
membantu semua pihak terbabit (pemegang taruh, stakeholders) berkongsi maklumat berkaitan projek Bhagavad Gita.