12 Jan 2020

Vikramaditya — Harapan Pembaca


Berikut ditampilkan harapan rakan-rakan terhadap buku Vetalam dan Vikramaditya (2020). Mereka antara individu yang memberi sumbangan dalam bentuk tempahan awal berbayar bagi menampung sebahagian kos mencetak buku berkenaan.


“Kisah nostalgia bermutu ini harus dibaca oleh semua.” — Jayasri Sri Ramuloo (Puchong, Selangor)


“Eagerly waiting for this book as I am sure this will have another high-quality content.” — Vickneswaran Achuthan @ Vicky Achuthan (Ayer Itam, Pulau Pinang)


ஒரு காலத்தில் பலரின் வாசிக்கும் ஆர்வத்தைத் தூண்டியது 'விக்ரமாதித்தனும் வேதாளமும்' எனும் கதையாகும். தமிழ்ப்பள்ளியில் என் வாசிக்கும் ஆர்வத்துக்கு வித்திட்டதும் இக்கதையே. கதையோட்டம், திருப்பங்கள் அதற்கேற்ற படங்கள் அனைத்தும் வாசிப்போரைத் தம் வசம் கட்டிப்போட்டு வைத்திருந்தது. விஞ்ஞான வளர்ச்சியில் பிரசவித்த நவீன தகவல் ஊடகங்கள் விக்ரமாதித்தனையும் வேதாளத்தையும் தூசுபடியச் செய்தன. தற்போது உதயசங்கர் எஸ்பி  அவர்களால் தூசு தட்டப்பட்டு புதிய பரிணாமத்தில் தேசியமொழியில் மலரவுள்ளது மிகவும் சிறப்பு. புதிய பரிணாமத்தோடு தேசியமொழியில் படிப்பது இக்கால தலைமுறையினரைக் கண்டிப்பாகக் கவர்வதோடு தம் வாசகர் வட்டத்தையும் விக்ரமாதித்தனும் வேதாளமும் விரிவாக்கிக்கொள்வர் என்பது வெள்ளிடைமலை.” — Selvarajah Murugesan @ செந்தமிழோன் முபாசெல்வா24 (Shah Alam, Selangor)


“Gaya penulisan Uthaya memberi nafas baharu kepada karya-karya klasik India.” — Jayaprakash Jayachandran (Senawang, Negeri Sembilan)


“Buku yang harus dimiliki sebagai santapan minda untuk semua.” — Saravana Kumar @ Thenesh Kumar (Seberang Jaya, Pulau Pinang)


“Penceritaan semula dalam gaya yang pasti menarik minat generasi muda.” — Hendry Rao (Setapak, Kuala Lumpur)


“Kisah-kisah ini mengembalikan kenangan budaya silam yang menyampaikan mesej tentang kehidupan duniawi menerusi cerita yang mencuit hati.” — Asokan @ Farouk Gulsara (Cheras, Kuala Lumpur)


“Rasa teruja timbul apabila membaca cerita ini yang umpama tiada kesudahan.” — Prem Kanna Dorairaj @ Puchi Kanna (Rawang, Selangor)


“Seperti Vetalam menunggu Vikramaditya, saya sedang menunggu kelahiran buku ini.” — Murali Mohan (Kota Tinggi, Johor)


“Buku ini akan berada dalam minda pembaca seperti Vetalam di bahu Vikramaditya.” — Suganiya Jayabalan (Pengkalan Hulu, Perak)


“Sebuah kisah teladan klasik yang harus dinikmati oleh semua kaum di negara ini.” — M. Mahendran (Bentong, Pahang)


“Bahan bacaan untuk generasi muda dan generasi akan datang.” — Anuradha Chelliah (Banting, Selangor)


“A part of a puzzle will soon be in my hands.” — Vikneswaran Muniandy (Bukit Mertajam, Pulau Pinang)


“Saya berharap karya ini akan mengisi masa lapang saya.” — Jegavani Lengkan (Taiping, Perak)


“Saya tidak sabar untuk membaca buku ini.” — Sai Vijiyan @ Vicneswaran Gopal Singam (Batu Caves, Selangor)


“Buku ini pasti membawa kepada penghayatan nilai-nilai yang baik.” — Jaymani Sevanathan (Klang, Selangor)


“Saya yakin bahawa pembaca tidak akan berasa jemu menatapi buku ini, sebaliknya akan membaca dan terus membaca.” — Rupasree Ganesan (Segambut, Kuala Lumpur)

Harap sudi membantu saya mempromosi buku Vetalam dan Vikramaditya menerusi Twitter. Anda hanya perlu [KLIK DI SINI] untuk melakukannya.