Tuesday, 23 January 2018

Hadiah Buku Cerita Untuk 100 Kanak-kanak


Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud bermurah hati menaja 100 naskhah kumpulan cerpen Ikan Patin dan Beruang Besar (2017) untuk dihadiahkan kepada 100 kanak-kanak pelbagai kaum yang gemar membaca buku cerita bermutu.

“Buku ini memang sesuai untuk bacaan semua kanak-kanak. Sayang sekali jika mereka tidak berpeluang memiliki buku ini. Jadi, saya akan bayar untuk seratus naskhah. Terpulanglah bagaimana saudara mahu mengagihkannya kepada kanak-kanak yang suka membaca,” kata Dr Siti Mariah (foto) selepas membeli dan membaca buku Ikan Patin dan Beruang Besar, baru-baru ini.


Syarat untuk memiliki buku ini amat mudah:

1 – Untuk kanak-kanak berumur 7 – 13 tahun sahaja.

2 – Tinggal di kawasan Parlimen Kota Raja.

3 – Sedia untuk datang sendiri bagi mengambil hadiah buku.

4 – Perlu mendaftar nama lebih awal – Lihat di bawah.

5 – Tarikh tutup muktamad: 5 Februari 2018.

Hubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my untuk memberikan maklumat nama penuh, nombor telefon ibu/bapa/penjaga, alamat rumah dan nama sekolah kanak-kanak terbabit. Boleh juga dikirim menerusi WhatsApp 011-11411952.

Pengesahan nama penerima hadiah buku akan dilakukan selewat-lewatnya pada 15 Februari 2018.


Hadiah buku cerpen ini hanya bagi 100 kanak-kanak yang paling awal mengemukakan maklumat diri.

Majlis penyampaian hadiah buku cerpen kemungkinan besar diadakan di Taman Sri Muda (Shah Alam) atau Taman Sentosa Perdana (Klang).

Sila hubungi Uthaya Sankar SB menerusi telefon 018-2214269 jika ada sebarang pertanyaan.