Saya pernah
menyebut di Facebook mengenai
cadangan penerbitan kumpulan cerpen sulung M. Mahendran susulan pertemuan kami di
Kuala Lumpur pada 27 November 2017 – DI SINI.
Sebagai
usaha membantu penulis pelbagai kaum menerbitkan buku sendiri, saya
berbincang dengan beliau tentang kos dan gerak kerja. Pada pertemuan 27
Disember 2017, kami mencapai kata sepakat mengenai beberapa perkara asas tetapi
penting dalam menjayakan projek ini.
Saya
bertindak sebagai perunding dan penerbit dalam projek ini. Kumpulan cerpen Karupaya memuatkan cerpen-cerpen M. Mahendran
yang sudah pernah disiarkan di pelbagai media. Beberapa cerpen Bahasa Tamil diolah semula dalam Bahasa Malaysia untuk dimuatkan dalam
buku ini.
[Tempahan Awal Dibuka Sekarang]
[Tempahan Awal Dibuka Sekarang]
Sebagai
usaha memupuk kerjasama dan penglibatan orang ramai dalam penerbitan buku ini,
saya memerlukan bantuan sekitar sepuluh (10) individu pelbagai kaum dan
pelbagai latar belakang untuk menjadi penyunting (editor) secara sukarelawan bagi buku ini.
Sebahagian syarat dan panduan adalah
seperti berikut, dan individu yang berminat perlu bersetuju dengan kesemua syarat/panduan ini:
1. Penyunting mestilah
warganegara Malaysia.
2. Penyunting mestilah berumur
minimum 18 tahun.
3. Penyunting tidak dibayar. (Akan diberi naskhah
percuma oleh penerbit.)
4. Individu yang berminat
menjadi penyunting tidak perlu ada
sebarang pengalaman menyunting buku sebelum ini.
5. Individu yang berminat
menjadi penyunting perlu membuat pengesahan selewat-lewatnya pada 10 Januari 2018. (Tawaran ditutup
sebaik cukup jumlah sukarelawan.)
6. Individu yang berminat
menjadi penyunting perlu mengirim biodata diri selewat-lewatnya pada 10 Januari 2018. Panjang biodata adalah
maksimum 60 patah perkataan. Contoh biodata boleh dirujuk di dalam buku Kisah Dari Siru Kambam (2013), Hanuman: Suara Hati (2013) serta Ikan Patin dan Beruang Besar (2017).
Biodata mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja menggunakan Bahasa
Malaysia dan wajib dimulakan dengan nama individu (penyunting) berkenaan.
Contoh dan panduan menulis biodata boleh dirujuk DI SINI.
7. Manuskrip perlu siap disunting
sebelum 31 Januari 2018. (Manuskrip akan dikirim menerusi e-mel untuk disunting, kemudian dikirim semula menerusi e-mel juga.)
Sekiranya
anda 100%
berminat dan komited, sila hubungi uthayasb@yahoo.com.my dengan kadar
segera.
Harap
maklum bahawa hanya sekitar 10 penyunting diperlukan. Yang dahulu didahulukan. [Senarai penyunting bersekutu]