Tuesday, 19 December 2017

Biskut untuk Kelas Malam


Projek Komuniti Kavyan yang dimulakan di Aulong Lama, Taiping, Perak pada Jun 2016 akan diteruskan pada tahun 2018. Projek ini juga menjadi medan melatih belia dan remaja menjadi pemimpin komuniti.

Selain daripada program bulanan berbentuk aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya, projek ini turut melibatkan aktiviti mingguan seperti Kelas Malam, Silambam, Thevaram, Badminton dan Kolattam.

Sila [Klik di Sini] untuk sedikit maklumat lanjut.

Kanak-kanak dan remaja yang menyertai aktiviti mingguan biasanya disajikan biskut dan minuman untuk mengalas perut. Ada kalanya mereka diberikan alat tulis dan buku nota.

Sumbangan ikhlas daripada orang ramai diperlukan untuk menampung kos pembelian barangan ini mulai Januari 2018. Bagi setiap sumbangan, surat rasmi akan diberikan oleh Kavyan sebagai tanda penghargaan dan bukti penerimaan sumbangan menerusi Tabung Projek Komuniti Kavyan.


Sekiranya anda – atau sesiapa yang anda kenali – sudi menyumbang, hubungi infokavyan@yahoo.com.my (e-mel) atau 011-11411952 (WhatsApp) dengan segera.

Jumlah sumbangan terpulang kepada anda kerana setiap Ringgit amat bermakna bagi menjayakan Projek Komuniti Kavyan. Sumbangan dalam bentuk barangan juga diterima dengan penuh gembira.