“Tak ramai miliki keyakinan berkarya selepas kategori bukan Melayu mansuh.”
Penulis India di negara ini yang berkarya dalam bahasa Melayu, Inggeris atau Tamil bukan sahaja lebih selesa berada dalam zon masing-masing, malah tidak berminat untuk ‘menyeberang’ sempadan.
Ia mungkin disebabkan hambatan persaingan penulis daripada tiga bahasa itu seperti disorot pada “Sembang Sastera Bersama Dewan Sastera: Dasar Pecah dan Perintah dalam Sastera Kita”.
Raja Rajeswari Seetha Raman berkata, jika penulis India yang berkarya dalam bahasa Melayu terpaksa bersaing dengan penulis dan penutur bahasa ibunda, perkara sama juga berlaku kepada penulis India yang menulis dalam bahasa Tamil dan bahasa Inggeris.
Penulis genre Tamil misalnya, terpaksa berdepan cabaran apabila perlu bersaing dengan karya yang dihasilkan oleh pengarang mapan dari India Selatan.
“Isu ini pernah dibangkitkan oleh cerpenis Tamil tempatan, V Poobala [sic] yang menyatakan kekesalannya kerana Tamil Nesan dan Tamil Murasu sudah diterbitkan sejak 1924 dan 1931, namun karya kreatif Tamil di negara ini hanya benar-benar diterima tiga dekad selepas itu.
“Bagi pengarang India yang berkarya dalam bahasa Inggeris pula, karya mereka kurang diterima pada peringkat antarabangsa disebabkan persaingan dengan pengarang daripada Amerika Syarikat dan United Kingdom. [Baca reaksi K.S. Maniam]
“Sebelum ini juga terdapat lebih 100 penulis India menulis dalam bahasa Melayu, tetapi selepas kategori penulis bukan Melayu akhirnya dimansuhkan pada dekad 1990-an, tidak ramai penulis India mempunyai keyakinan untuk berkarya dalam bahasa Melayu disebabkan persaingan yang hebat,” katanya. [Bandingkan pengalaman Kavyan] [Baca reaksi penulis kaum India] [Baca reaksi orang ramai]
Beliau berkata demikian dalam forum yang dikendalikan oleh Penerima Anugerah SEA Write, SM Zakir di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) di sini.
Perpecahan Penulis
Raja Rajeswari meletakkan ‘perpecahan’ kelompok penulis India yang sebelum ini mencintai dan akrab dengan bahasa Melayu kepada dasar pecah dan perintah yang dibawa oleh Inggeris.
Katanya, tidak senang melihat rakyat Tanah Melayu menggunakan bahasa Melayu, British bukan setakat memperkenalkan sistem pelbagai bahasa dan menubuhkan sekolah vernakular, malah memulakan akhbar Tamil Nesan pada 1924.
“Pada mata kasar, kelihatan seperti mereka memberi kemudahan kepada masyarakat India, tetapi sebenarnya apa yang dilakukan itu sangat merugikan kerana ia menyebabkan semangat patriotisme semakin berkurangan dalam kalangan masyarakat India,” katanya.
Perkongsian beliau ini sudah disiarkan melalui Dewan Sastera terbitan April lalu [baca segala data palsu dan fakta rekaan di sini] dan menurut Raja Rajeswari kajian ini dilakukan kerana timbul beberapa masalah termasuk minat penulis kaum India untuk menulis dalam bahasa Melayu semakin berkurangan saban tahun.
“Malah mereka juga kelihatan agak terpisah dan seperti berada dalam zon masing-masing. Apa yang kita lihat, kurang interaksi antara penulis sebangsa yang menulis dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Tamil meskipun agama yang dianuti sama. [Fitnah! Baca bukti penipuan di sini]
“Ini dapat dilihat misalnya pada penganjuran program bertaraf kebangsaan dan antarabangsa termasuk Ekspresi Puisi Dunia NUMERA dan sambutan Hari Puisi Dunia,” katanya.
Baca juga: [TOKOH LIDAH BERCABANG] - [SABOTAJ BACA CERPEN KAVYAN] - [DATA PALSU DI DEWAN SASTERA] - [BUKTI RAJA RAJESWARI MENIPU] - [REAKSI KHALAYAK] - [PENIPU TEGAR] - [SALAKAN RAJA RAJESWARI] - [KOMPLOT JAHAT RAJA RAJEWARI]
Sumber: Siti Haliza Yusop, Berita Harian, 25 Mei 2017 (Diakses pada 24 Ogos 2017)