1 Aug 2017

Biodata Penyunting Bersekutu


Berikut senarai individu yang menawarkan diri secara sukarela untuk menyunting, menyemak, membaiki dan memperkemas cerpen-cerpen yang terkandung dalam buku Ikan Patin dan Beruang Besar (2017):

Annadurai Subramanian @ KA. S. Annadurai berasal dari Kamunting, Perak. Beliau kini berkhidmat sebagai guru Bahasa Jerman.

Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau berminat membaca bahan bacaan bukan fiksyen.

Calvin Ohsey ak Ah Sen dilahirkan di Ipoh, Perak. Beliau pernah menjadi kolumnis di Projek Dialog.

Devishi Prabha Sankari lahir di Klang, Selangor dan membesar di Shah Alam. Beliau salah seorang editor bersekutu novel Hanuman: Suara Hati (2013).

V.K. Ezhilarasi Velautham lahir di Muar, Johor. Karya beliau turut tersiar di majalah Dewan Budaya (April 2016).

Kasthuri C. Arjun  dilahirkan di Taiping, Perak dan kini tinggal di Sungai Petani, Kedah. Beliau meminati bidang fotografi dan suka membaca.

Muniisvaran Kumar memiliki PhD dalam bidang linguistik Bahasa Tamil dari Coimbatore, India. Beliau berbakat dalam penulisan kreatif, terutama cerpen.

Prabhawathy Govindarajoo lahir dan membesar di Kamunting, Perak. Karya beliau pernah tersiar di Metro Ahad, Dewan Siswa, Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Dewan Masyarakat.

Shahrulnizam Abd Hamid berasal dari Alor Setar, Kedah. Beliau percaya bahawa perbezaan warna kulit, ras, kaum dan agama adalah suatu keindahan untuk diraikan.

Thanusya Shanmuganathan atau Meera Natasya adalah graduan Universiti Malaya (UM). Beliau menghasilkan Tak Sengaja Cinta (2014) dan Cik Cemerkap vs Encik Selfie (2016).


Biodata penuh boleh dibaca dalam buku berkenaan. Sesungguhnya kejayaan penerbitan buku Ikan Patin dan Beruang Besar melibatkan kerjasama pelbagai pihak, termasuk: [Penyumbang Modal Sosial] – [Penulis Komen] – [Penyunting Sukarelawan] – [Gemilang Publishing Sdn Bhd] - [Baca Petikan Cerpen