Saya sedang mengumpulkan komen (ulasan, pandangan, pendapat)
orang ramai untuk dimuatkan dalam buku Ikan
Patin dan Beruang Besar yang sedang diusahakan.
1. Komen wajib
ditulis menggunakan Bahasa Malaysia.
2. Panjang komen
adalah maksimum 20
patah perkataan. Komen yang lebih panjang akan ditolak secara automatik.
3. Komen adalah
berkaitan bidang penulisan saya [Uthaya Sankar SB] sebagai seorang
pengarang. (Jangan kirim ulasan
cerpen atau buku!)
4. Anda mungkin boleh
menulis komen tentang gaya penulisan saya, bahasa, atau apa yang menarik minat anda
untuk membaca karya-karya saya.
5. Penulis komen
mestilah pernah
membaca karya-karya saya, khususnya fiksyen (cerpen, cerita rakyat,
novel).
6. Komen mestilah
sesuai untuk dipaparkan dalam buku bagi bacaan kanak-kanak. (Misalnya, jangan gunakan
perkataan yang pakar linguistik sahaja faham.)
7. Keutamaan
diberi kepada individu yang pernah membuat tempahan awal berbayar buku Panchayat: Edisi Khas (2012), Kisah Dari Siru Kambam (2013), Hanuman: Suara Hati (2013), Pulau
Pendatang (2015), Nari!
Nari! (2015), Mandala Bicara (2016) atau Ikan Patin dan Beruang Besar
(2017).
8. Komen terpilih
akan disunting
untuk tujuan siaran. (Ulang: Ini adalah buku bagi bacaan kanak-kanak.)
9. Komen
berkenaan juga mungkin dipaparkan di blog dan media sosial bagi tujuan promosi dan publisiti.
10. Komen wajib
disertakan nama
penuh dan tempat tinggal (Bandar, Negeri).
11. Hanya komen
yang sesuai
dan memenuhi
keperluan akan dipilih.
12. Komen hendaklah
dikirim
ke alamat e-mel uthayasb@yahoo.com.my
atau www.facebook.com/uthaya
selewat-lewatnya pada 31 Julai 2017.
Lihat juga – [Senarai Nama Penyumbang] – [Penyunting Sukarelawan] – [Modal
Sosial Untuk Terbit Buku]