KITA TIDAK HIDUP SELAMA-LAMANYA!
Benar. Kita tidak mungkin hidup selama-lamanya. Dan segala
ilmu yang ada akan hilang begitu
sahaja – kecuali sempat didokumentasi dalam bentuk rakaman (audio, visual,
bertulis, dan sebagainya).
Menyedari hakikat ini – Kita tidak hidup selama-lamanya – saya mahu
berkongsi pengalaman dan panduan pengucapan awam (public speaking) dengan mereka yang benar-benar berminat.
Sesi kemahiran insaniah (soft
skills) berbentuk kemahiran pengucapan awam (public communication skills) akan dijalankan secara bersiri; selagi
ada peserta yang berminat.
Peserta akan dikenakan bayaran
minimum berbentuk pengeras pada
setiap sesi supaya ilmu yang dipelajari beroleh berkat.
Sesi pertama dijadualkan pada Mac 2017 dengan
topik VVVIP Effective Public Communication
(Pengucapan
Awam Berkesan VVVIP). Sesi dikendalikan dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris; serta
sedikit Tamil mengikut keperluan khalayak.
Penganjur: Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya
dengan kerjasama Persatuan Pembangunan Kemahiran Insaniah Kaum India (Insaniah).
Tarikh: 26 Mac 2017 (Ahad)
Topik: Pengucapan Awam
Berkesan VVVIP
Kelompok sasaran: Remaja, belia, dewasa, pemimpin komuniti,
pelajar, mahasiswa, pemimpin NGO, politikus, pegawai kerajaan, dan sesiapa yang
mahu menguasai kemahiran pengucapan awam dan komunikasi awam.
Jumlah peserta: 5–10 orang sahaja setiap sesi.
Lokasi: Brickfields, Kuala Lumpur.