PROGRAM MEMPERKASAKAN BELIA PeBT ZON 9
1.0
|
TARIKH DAN
MASA
25 Februari 2017 (Sabtu);
8:30 pagi – 2:00 petang
|
2.0
|
LOKASI
Pusat Komuniti Sosial Zon 9, Pangsapuri Damai, Jalan Tokoh 25/28, Taman
Sri Muda, Shah Alam
|
3.0
|
KONSEP DAN
PENGISIAN PROGRAM
Program Memperkasakan Belia: Kaunseling Pembimbing
Rakan Sebaya dirangka khusus untuk memberikan ruang dan peluang kepada
golongan belia pelbagai kaum di sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam untuk
berkongsi maklumat berkaitan isu-isu pendidikan dan sosial yang berleluasa. Program
ini merangkumkan pendekatan ceramah, bengkel dan sesi kaunseling berkumpulan
untuk mencapai sasaran.
1 - Peluang belia meluahkan masalah/isu
sosial/pendidikan
2 - Peluang belia mencadangkan cara mengatasi
masalah/isu
3 - Memperkasakan belia dengan ciri kepimpinan dan
asas kaunseling
4 - Kaunseling berkumpulan untuk mencari
penyelesaian bagi masalah/isu
5 - Melahirkan pemimpin belia yang ada asas
kaunseling
|
4.0
|
TUJUAN PROGRAM
Program ini dirangka secara
holistik dalam usaha memberikan peluang kepada belia pelbagai kaum
mengetengahkan isu-isu pendidikan dan sosial yang berlaku di sekitar Taman
Sri Muda, Shah Alam. Kaunseling berkumpulan mampu memberikan keyakinan kepada
belia untuk berkongsi pandangan, selain membincangkan cara-cara menangani
masalah yang diketengahkan. Aspek kepimpinan dan asas kaunseling yang
diberikan akan memperkasakan belia terbabit supaya boleh menyumbang kepada
usaha mengenal pasti isu/masalah dalam kalangan rakan sebaya, serta mmebantu
belia yang berdepan masalah berkaitan isu pendidikan dan sosial. Pendekatan
kaunseling berkumpulan, ceramah dan bengkel merupakan kaedah/pendekatan yang
terbukti berkesan dalam mencapai objektif yang disasarkan. Program dirangka
dan dikendalikan sepenuhnya oleh seorang guru cemerlang (GC) dan seorang jurulatih
bertauliah yang diiktiraf Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB/HRDF). Penceramah
juga merupakan individu yang berpengalaman luas dalam mengendalikan projek
komuniti dan kaunseling berkumpulan. Lihat juga: Penghayatan Bahasa dan Sastera (26 Februari 2017)
|
5.0
|
TENTATIF PROGRAM
0830 – 0900
Pendaftaran dan Sarapan
0900 – 1000
Memperkenalkan diri, berkongsi
isu pendidikan/sosial
1000 – 1100
Kaunseling berkumpulan –
menangani isu belia
1100 – 1200
Ciri-ciri pemimpin belia dan
pembimbing rakan sebaya
1200 – 1300
Pembentangan berkumpulan –
mengatasi isu belia
1300 – 1400
Majlis penutupan dan penyampaian cenderamata
Makan tengah hari
* Sijil penyertaan akan diberikan kemudian berdasarkan
senarai kehadiran
|
6.0
|
TARIKH
TUTUP
22 Februari 2017
|
7.0
|
BAHASA
PENGANTAR
Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris dan Bahasa Tamil (jika perlu)
|
8.0
|
MAKLUMAT
LANJUT DAN BORANG PENYERTAAN
P. Thiruselvam – 017-2828814
(Pengerusi PeBT Zon 9)
Uthaya Sankar SB – 016-3288142
(Presiden Kavyan)
|