Judul: Tamadun India
Penulis: Azharudin Mohamed Dali
Tahun: 2015 (Cetakan Kedua)
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Tebal: 346 halaman
Harga Pasaran: RM35.00
Harga Saya: [RUJUK DI SINI]
Prakata (oleh penulis):
Idea untuk menulis buku ini timbul apabila [penulis] menyedari
betapa kurangnya buku-buku serta bahan bacaan tentang tamadun dan sejarah India
di negara ini, sedangkan tamadun ini telah diakui sebagai sebuah tamadun antara
yang tertua di dunia.
Sari Rangsang (Blurb):
Tamadun India merupakan sebuah tamadun unggul yang tertua di
dunia dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Keunikan tersebut antara lain
dapat dilihat dalam keseimbangan tradisi kebudayaan yang berterusan dan kekal
tanpa banyak berlaku perubahan sejak ribuan tahun yang lalu. Yang lebih penting
lagi, tamadun India merupakan paduan pelbagai bentuk budaya hingga melahirkan
varisan [sic] dalam perkembangan
tamadun ini. Selain itu, pengaruh agama menjadi asas penting dalam pembentukan
tamadun ini terutamanya agam Hindu, Buddha dan Islam. Ini menjadikan seluruh
pengkajian tentang tamadun India sangat berbeza dan menarik jika dibandingkan dengan
tamadun-tamadun lain di dunia.
Kandungan:
Asas-asas Pembentukan Tamadun India
Prasejarah dan Tamadun Lembah Indus
Kecemerlangan Empayar-empayar Awal dalam Tamadun India
Zaman Keemasan dalam Tamadun India
Kedatangan Agama Islam ke India
Kesultanan Delhi: Dinasti Ghori
Kesultanan Dehli: Pengukuhan dan Kecemerlangan
Kerajaan Vijayanagar
Kerajaan Mughal: Zaman Keemasan Tamadun Islam di India
Kedatangan Kuasa Barat ke India Sehingga Pertengahan Abad
Ke-19
Nasionalisme dan Kemerdekaan India
Bibliografi
Indeks
Petikan Menarik:
Antara tahun 327 hingga tahun 325 SM, Iskandar Zulkarnain (dari Macedonia) telah memasuki India dan
berjaya menguasai beberapa bahagian di wilayah utara benua kecil tersebut.
Walau bagaimanapun, sebagaimana pantasnya mereka (angkatan
tentara Iskandar) memasuki wilayah-wilayah tersebut (Hindu Kush), sepantas itu
jugalah mereka meninggalkannya apabila tentera Iskandar yang terlalu keletihan
telah enggan meneruskan penjelajahan mereka.
Kemunculan Dinasti
Maurya dan kemudiannya menjadi empayar Maurya menjadi sangat penting. Tokoh
yang penting di dalam melihat kemunculan empayar pertama dalam tamadun India
ini ialah Chandragupta Maurya.
Chandragupta Maurya
mengambil alih kekuasaan dari bapanya pada tahun 321 SM sewaktu berusia 25 tahun.
Kautilya atau Chaknaya atau Visnugupta, seorang Brahman [sic] dan juga penulis Arthasastra telah dilantik sebagai
Perdana Menteri. Beliau dianggap sebagai tulang belakang kepada pemerintahan
Chandragupta Maurya dan bertanggungjawab menentukan dasar-dasar kerajaan.
Empayar Maurya terus mencapai tahap kegemilangannya sewaktu Asoka (cucu Chandragupta Maurya)
menaiki takhta pemerintahan pada tahun 270 SM. Tempoh pemerintahan Asoka
dianggap sebagai tempoh keagungan dalam sejarah dinasti Maurya dan beliau merupakan
antara pemerintah India yang paling dikenang. Asoka dilihat sebagai pemerintah
yang telah mencapai tahap cakravatin
atau emperor sejagat yang sebenar dalam sejarah tamadun India.
Kerajaan Vijayanagar
[muncul sekitar tahun 1330-an] sangat penting dalam sejarah dan tamadun India
kerana kemampuannya untuk terus bertahan daripada serangan-serangan yang
dilakukan oleh pelbagai pihak [baca: Islam] terhadapnya.
Kerajaan ini (Vijayanagar) menjadi penting kerana kerajaan
tersebut merupakan antara kerajaan bukan Islam yang mampu menyaingi kedudukan
kerajaan Islam di India pada masa itu (sekitar abad ke-15). Malah kerajaan ini
telah menjadi sebuah empayar yang besar dan mempertahankan kemaraan serta
kemusnahan tradisi Hindu dari golongan Islam.
Menurut cerita lisan, kerajaan Vijayanagar didirikan oleh
lima bersaudara, putera dari Sanggama warisan kerajaan Chola.
Beli buku ini – [RUJUK
HARGA DI SINI]
Juga oleh Azharudin – Sejarah Masyarakat India di Malaysia
(2012)
Juga Berkaitan Budaya India:
Malaiur Manikam (2015)
Mandala Bicara (2016)