6 Jan 2017

Chetti Melaka

Judul: Peranakan Indians of Singapore and Melaka: Indian Babas and Nyonyas – Chitty Melaka
Tebal: 118 halaman (Kulit Keras)
Tahun terbit: 2006
Harga pasaran: RM120.00
Harga saya: RM110.00 + PosLaju RM10.00 = RM120.00
Baki stok: 0 naskhah sahaja [pada 9 Januari 2017]
(Beli bersama-sama buku lain – RUJUK DI SINI – untuk menjimatkan kos PosLaju)


Penulis buku ini, Samuel S. Dhoraisingam, seorang sejarahwan yang disegani di Singapura, menghadiahkan senaskhah buku ini kepada saya sebaik ia terbit pada tahun 2006. Malah, saya bersama-sama beliau ke Kampung Chetti, Melaka untuk menyerahkan beberapa naskhah kepada penduduk kampung warisan berkenaan.

Sejak itu, sudah beberapa kali saya bersama-sama Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) berkunjung ke Kampung Chetti – Rujuk laman Solidariti Kampung Chetti.

Buku Samuel S. Dhoraisingam sering menjadi rujukan penting apabila saya menulis mengenai Kampung Chetti. Misalnya, makalah “Chetti yang Belum Diakui Bumiputera” (The Malaysian Insider, 7 November 2011).

Dua makalah khas mengenai kaum Chetti Melaka turut dimuatkan dalam buku Mandala Bicara (2016).


Buku Peranakan Indians of Singapore and Melaka: Indian Babas and Nyonyas – Chitty Melaka terbahagi kepada 15 bab, serta disertakan foto-foto eksklusif. Antara topik yang dihuraikan adalah:

Asal usul Peranakan India (Chetti) semasa Kesultanan Melaka
Peranakan India semasa Penjajahan Portugis
Peranakan India semasa Penjajahan Belanda
Peranakan India semasa Penjajahan British
Perpindahan Peranakan India ke Singapura
Peranakan India semasa Penjajahan Jepun
Peranakan India di Gajah Berang, Melaka
Perayaan dan Upacara Keagamaan Peranakan India
Upacara Perkahwinan Peranakan India
Upacara Pengkebumian dalam Budaya Peranakan India
Pakaian, Perhiasan dan Kasut Peranakan India
Makanan Peranakan India
Bahasa Komuniti Peranakan India
Ciri-ciri Khusus Komuniti Peranakan India
Tokoh-tokoh Peranakan India di Singapura

Usah terkeliru antara Chetti dan Chettiar – Rujuk buku The Chettiar Role in Malaysia’s Economic History untuk maklumat lanjut.

Sekiranya anda berminat membeli buku Peranakan Indians of Singapore and Melaka: Indian Babas and Nyonyas – Chitty Melaka, sila hubungi saya dengan kadar segera kerana baki stok amat terhad. Jimatkan kos PosLaju dengan membeli buku ini bersama-sama buku-buku lain – RUJUK DI SINI.