Tuesday, 22 November 2016

Sumbangan Buku Dato R S Maniam

Program
Bicara Budaya Kaum India
Pelancaran Buku Mandala Bicara

Tarikh
27 November 2016 (Ahad)

Masa
7:30 malam

Tempat
Pejabat MIC Bahagian Kota Raja
60-B Jalan Bendahara 8
Taman Sentosa Jaya
41200 Klang SELANGOR

Anjuran Bersama
MIC Bahagian Kota Raja (Parlimen Kota Raja)

Pengenalan
Buku kumpulan esei Mandala Bicara yang memuatkan 22 esei berkaitan budaya kaum India terbit pada 11 November 2016. Buku ini diterbitkan dalam jumlah terhad menggunakan dana daripada sumbangan orang ramai. Ketua MIC Bahagian Kota Raja, Dato’ R.S. Maniam turut menjadi penyumbang. Beliau mahu supaya sebahagian buku yang beliau beli dihadiahkan kepada golongan belia dan beliawanis kaum India di kawasan Parlimen Kota Raja.

Objektif
1. Memupuk minat membaca karya bermutu dalam kalangan belia dan beliawanis kaum India
2. Menyebarluaskan bahan bacaan Bahasa Malaysia berkaitan budaya kaum India
3. Membuka ruang kepada belia dan beliawanis untuk berbincang dan memperkatakan hal-hal berkaitan budaya kaum India
4. Membincangkan peranan pemimpin komuniti dan pemimpin politik dalam usaha memelihara keunikan budaya kaum India

Bahasa
Program dikendalikan dalam Bahasa Tamil. Peserta juga dibenarkan menggunakan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam sesi perbincangan.

Jumlah Peserta
Sejumlah 50 belia dan beliawanis kaum India dikenalpasti oleh MIC Bahagian Kota Raja untuk terlibat dalam program ini. Pemilihan peserta/hadirin diuruskan oleh MIC Bahagian Kota Raja.

Cenderamata Buku
Kesemua 50 peserta (belia dan beliawanis) akan menerima sumbangan buku Mandala Bicara daripada Dato’ R.S. Maniam. Buku ini akan digunakan dalam sesi Bicara Budaya Kaum India.

Pengisian Aktiviti
Berikut adalah rangka atur cara; tertakluk pindaan.

7:00 malam
Pengesahan kehadiran peserta

7:30 malam
Ucapan pengacara majlis
Ucapan pelancaran oleh Dato’ R.S. Maniam
Penyampaian buku kepada 50 belia dan beliawanis
Sesi Bicara Budaya Kaum India
Sesi fotografi berkumpulan

* Jamuan ringan disediakan

Maklumat Lanjut
Sila hubungi rsmaniam1166@gmail.com atau infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan.

Penutup dan Harapan
Program ini diyakini mampu menarik minat golongan belia dan beliawanis kaum India untuk terlibat secara lebih aktif dalam membincangkan serta mengendalikan aktiviti berkaitan budaya tradisional. Penglibatan MIC Bahagian Kota Raja akan membantu mengeratkan hubungan dan kerjasama antara pemimpin dan masyarakat. Program susulan boleh diatur sekiranya mendapat sambutan daripada golongan belia dan beliawanis.