Monday, 15 June 2015

Ahli Majlis DAP Memfitnah Saya

Pada 14 Jun 2015, sekitar pukul 8:25 pagi, seorang rakan mengirim mesej peribadi menerusi laman rangkaian sosial Facebook. Katanya, seorang individu bernama Satees Muniandy (https://www.facebook.com/satees) memaparkan perkara-perkara buruk mengenai saya di Facebook.

Saya melayari laman Facebook milik Satees dan terkejut membaca perkara yang dipaparkannya. Satees ternyata berniat jahat dan mahu menyebarkan fitnah bagi mencemarkan maruah serta nama baik saya.

Satees menulis di Facebook pada sekitar 7:50 pagi, 14 Jun 2015 bahawa dia mencari maklumat mengenai diri saya di Wikipedia. Dia memaparkan foto skrin yang kononnya memuatkan biodata diri saya. Kandungan yang dipaparkan itu memberikan gambaran buruk dan tidak benar mengenai saya sebagai seorang individu dan penulis.

Saya segera melayari Wikipedia iaitu pautan https://en.wikipedia.org/wiki/Uthaya_Sankar_SB. Saya mendapati paparan sebenar di Wikipedia tidak sama dengan laman palsu yang dipaparkan dan dikongsi oleh Satees di Facebook.

Maka, kecuali dapat dibuktikan sebaliknya, Satees sendiri telah berusaha menyunting entri Wikipedia itu dengan niat memfitnah saya serta menjatuhkan maruah saya di mata orang ramai.

Kecuali dapat dibuktikan sebaliknya, Satees sendiri telah mengambil foto paparan laman Wikipedia yang sedang/telah disuntingnya itu dan dia sendiri telah berkongsi foto itu di Facebook bagi mencemarkan maruah saya serta memfitnah saya.

Berikut antara fitnah yang dilakukan oleh Satees menerusi paparan foto Wikipedia palsu itu:

1 - Memfitnah saya dengan menulis “Due to difficult past (mother crippled and drunkard dad), he grew up hating people.”

2 - Memfitnah saya dengan menulis “He was known to be a social outcaste with no friends.”

3 - Memfitnah saya dengan menulis “He is also the founder of malaysian indian kama sutra magazine.”

4 - Memfitnah saya dengan menulis “He spent many years at Henry Gurney (Juvenile) school Melaka between 1990 to 1994 for sexually assaulting a fellow classmate.”

5 - Memfitnah saya dengan menulis “It was also reported that he raped his english school teacher, resulting in him not learning english.”

6 - Memfitnah penduduk Aulong Lama, Taiping, Perak dengan menulis “He grew up in a village (Aulong Lama in Taiping, Perak) where the majority were registered sex offenders with serious criminal histories.”

7 - Memfitnah akhbar theSun dengan mengatakan laporan di perenggan di atas (Perkara 6) disiarkan di akhbar berkenaan pada 16 Julai 2009.

8 - Memfitnah keluarga saya dengan menulis “His Dad went to prison after raping his own daughter, and his mother committed suicide.”

9 - Memfitnah saya dengan menulis “His criticisms on women working amongst men resulted in him going to prison again.”

10 - Memfitnah akhbar New Straits Times dengan mengatakan laporan di perenggan di atas (Perkara 9) disiarkan di akhbar berkenaan pada 11 Februari 2004.

11 - Memfitnah tiga individu dengan menulis “Kumareswaran’s wife Neta ran off with Uthaya.”

12 - Memfitnah saya, wartawan Dina Zaman, wartawan Rachael Philip dan akhbar New Straits Times dengan menulis “Dina Zaman calls him ‘stupidly blunt’ in an article she wrote in New Straits Times (4 July 2001) while Rachael Philip admits that he is ‘undeniably untalented’ in New Straits Times (28 August 2005).”

13 - Memfitnah saya, penulis Amir Muhammad dan akhbar The Edge dengan menulis “Amir Muhammad refers to Uthaya as ‘one of the least brightest pervert existing’ in The Edge (19 November 2001).”

14 - Memfitnah saya dengan menulis “Uthaya’s particular gift lies in manipulating men thinking that he is a woman.”

15 - Memfitnah saya dengan menulis “He later changed his name to Uthaya Sangari.”

16 - Memfitnah saya dengan menulis “He has been one of the most prolific transgender in …”

Rujukan di Wikipedia membuktikan bahawa apa yang ditulis (disunting) dan dipaparkan oleh Satees menerusi Facebook adalah maklumat palsu yang tidak terpapar langsung di laman Wikipedia seperti didakwa oleh Satees.

Kecuali Satees mampu membuktikan sebaliknya, adalah nyata bahawa Satees sendiri melakukan suntingan itu (tetapi mungkin ditolak daripada siaran oleh Wikipedia) dengan niat memfitnah, menghina, mencemarkan nama baik serta menjatuhkan maruah saya dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Hasil carian di Internet pada 14 Jun 2015 menunjukkan bahawa Satees adalah “research and development bureau chief for DAP Socialist Youth” (The Malaysian Insider, 17 Februari 2015).

Hasil carian juga menunjukkan individu yang tidak saya kenali ini merupakan “Seberang Perai municipal councillor … who is also the aide to DAP’s Prof P. Ramasamy” (The Malay Mail Online, 10 Julai 2014).

Saya ada ramai kenalan yang merupakan ahli dan pemimpin DAP. Malah, Penasihat Agung Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), Datuk A. Samad Said (Pak Samad) menyertai DAP pada 13 Jun 2015. Saya juga kolumnis ruangan sastera dan budaya di Roketkini milik DAP.

Tindakan individu seperti Satees membuatkan nama baik DAP tercemar. Rasa hormat saya terhadap pemimpin DAP juga terjejas. Bak kata pepatah Melayu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Saya berharap pihak berkuasa dan kepimpinan tertinggi DAP menyiasat kes fitnah ini dengan segera dan teliti. Saya mengharapkan laporan bertulis daripada DAP dalam hal ini.

Saya juga ingin mengadakan pertemuan dengan pemimpin atasan DAP bagi membincangkan isu ini sebelum orang ramai (termasuk saya) mula membenci dan menolak DAP.

* Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Uthaya Sankar SB di Shah Alam, Selangor pada 14 Jun 2015 dan disiarkan di Kuala Lumpur Post (14 Jun 2015). Baca juga: Macai Macam Satees