P. Ramasamy (DAP) mengeluarkan kenyataan #BangangMacamMenteri di Twitter, kononnya “sarong = Islamic
dress code” – LIHAT DI SINI
Selepas saya bertanya benarkah dia menyekat (block) sesiapa yang mengkritik
kenyataannya, Ramasamy menyahaktifkan (deactivate)
akaun Twitter – LIHAT DI SINI
Selepas itu, Satees Muniandy (DAP) mula menyerang saya di
Facebook kerana mengkritik Ramasamy – LIHAT DI SINI
Satees menyebarkan suatu foto palsu yang memfitnah saya – LIHAT DI SINI
Saya mengeluarkan kenyataan media – LIHAT DI SINI
Satees cuba memutar-belit kandungan makalah-makalah saya – LIHAT DI SINI
Saya mengirim mesej kepada beberapa pemimpin tertinggi DAP –
LIHAT DI SINI – tetapi ada khabar angin
mengatakan tiada sesiapa yang berani menegur mana-mana macai Ramasamy – LIHAT DI SINI
Satees berjanji akan membuat laporan polis dan menghantar legal notice kepada saya – LIHAT DI SINI
Rakan-rakan pelbagai kaum turut membidas kenyataan Satees
yang bertindak seperti macai, bangang, anjing serta puak otak di lutut, mulut
di dubur – LIHAT DI SINI dan LIHAT DI SINI dan LIHAT DI SINI
Saya mendapatkan nasihat guaman daripada beberapa peguam,
seperti Datuk Ambiga dan Shanker Sundaram – LIHAT DI SINI
Satees tiba-tiba berhenti menyerang saya di Facebook – LIHAT DI SINI
Selepas itu, segerombolan macai (cybertroopers) yang menggunakan akaun palsu mula seolah-olah
“mengambil alih” tugas Satees untuk menyerang dan memfitnah saya di Facebook.
Agak menarik untuk diperhatikan bahawa nada mereka hampir
sama dengan nada serangan dan fitnah yang disebarkan oleh Satees.
Agak menarik untuk diperhatikan bahawa rata-rata macai-macai
yang menyalak dan menyerang saya merupakan “sahabat” Satees di Facebook. (Tidak mustahil kerja unfriend dilakukan segera selepas
pendedahan ini dilakukan.)
Agak menarik untuk diperhatikan bahawa kesemua akaun
macai-macai ini aktif semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (2013) tetapi
senyap selepas itu. Kesemuanya kembali aktif secara tiba-tiba selepas Satees
sudah tidak mampu mempertahankan dirinya.
Kelompok macai yang bangang, bodoh serta otak di lutut dan
mulut di dubur menuduh saya sebagai majority
pleaser (penyokong Melayu), penyokong Umno, penyebar Islam, anti-India, anti-Hindu,
anti-Cina, anti-Kristian dan sebagainya yang memang kelakar. – LIHAT DI SINI
Puak macai yang kelihatan seolah-olah senada dengan Satees telah
mencipta dan menyebarkan berita-berita palsu, kerana tidak ada apa-apa fakta
untuk dijadikan senjata. – LIHAT DI SINI
Berita-berita palsu yang disebarkan itu terbukti berunsur
fitnah dan bertujuan mencemarkan nama saya – LIHAT DI SINI
Puak macai itu juga entah mengapa berusaha gigih menggunakan
reverse psychology untuk
mempromosikan buku Pulau Pendatang
(Mei 2015). Atau mungkin mereka terlalu bodoh untuk menyedari hakikat bahawa
mereka hanya sedang membantu mempromosi buku itu! – LIHAT DI SINI
Realiti yang disajikan menerusi Pulau Pendatang menjadi
kenyataan lebih awal berikutan kebangangan puak #Satees – LIHAT DI SINI
Ringkasnya, walaupun “Satees” pada asalnya nama seorang
macai politik (Ahli Majlis DAP dan juga orang kuat Ramasamy), kini #Satees menjadi suatu istilah politik
yang membawa makna “macai bangang yang otaknya di lutut, mulutnya di dubur”. – LIHAT DI SINI
* Paparan ini merupakan bahan dokumentasi untuk rujukan anak-cucu.