17 Mar 2014

Apa khabar, Lembah Bujang?

Kunjungan ke Lembah Bujang, Kedah pada 31 Januari dan 1 Februari 2014 mengukuhkan pendirian saya bahawa pandangan yang saya kemukakan selama ini mengenai orang Melayu tidak tersasar jauh.
 
Apabila sebuah candi yang dibina di Lembah Bujang pada kurun ke-8 dirobohkan pemaju pada September 2013 – dan kejadian itu diketahui ramai beberapa bulan kemudian – masyarakat pelbagai kaum mula bersuara bagi melahirkan rasa marah dan kecewa.
 
Kemusnahan yang berlaku pada candi berusia lebih 1,200 tahun di Sungai Batu [TONTON VIDEO] menyedarkan orang ramai bahawa monumen serta tapak arkeologi itu bukan hanya milik orang India-Hindu; sebaliknya juga milik orang Melayu-Hindu pada masa dahulu.
 
Saya bersama-sama Kughan Nadarajah, Prabhawathy Govindarajoo, Devishi Prabha Sankari dan Kartik Ramachandran turut berpeluang melawat serta mendapatkan penerangan di Tapak Arkeologi Sungai Batu yang dipercayai merupakan tapak tamadun terawal dan tertua di Asia Tenggara – mengatasi usia Angkor Wat di Kemboja dan Borobodur di Indonesia. [BACA MAKALAH PENUH DI SINI]