Saturday, 11 January 2014

Larang guna istilah Hindu

Menemui presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS) yang pasti sedang sibuk memastikan segala “fatwa” berkaitan Thaipusam dipatuhi sepenuhnya oleh para penganut Hindu di Malaysia.
 
Saya ingin menarik perhatian tuan terhadap suatu isu lain yang boleh juga dikaitkan dengan keimanan dan pegangan agama orang Hindu. Maka secara langsung berhubung-kait dengan tugas dan peranan MHS.
 
Sebagai manusia biasa dan pencinta perpaduan antara kaum dan agama, saya terkejut melihat suatu senarai istilah yang khabarnya tidak boleh digunakan oleh orang Bukan Islam (Tidak Islam).
 
Pada mulanya saya tersenyum, kemudian ketawa dan terbahak-bahak kerana senarai yang turut disebarkan menerusi laman rangkaian sosial dan portal berita dalam talian ternyata agak melucukan. [SILA KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA MAKALAH PENUH]