23 Nov 2013

Antara Saya dan Dia

Berikut adalah kiriman mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) antara “saya” dan “dia”. Semoga dapat dibaca dengan tenang – dan dalam bentuk perbualan/dialog – bagi mendapatkan kesan dramatik yang diharapkan. Harap maklum bahawa ini bukan sebuah fiksyen mahupun sebuah faksyen.
 
18 November 2013
 
Saya: Salam. Saya dapat nombor ini dari mudah.com. Kamera Nikon masih ada? – Sankar, Taiping, Perak
 
19 November 2013
 
Dia: Wassalam. Ada lagi.
 
Saya: Oh, bagus! Ada berapa buah, bos? Kita jumpa, saya beli terus secara tunai? Saya ke Shah Alam pada Sabtu ini. Harga boleh runding? Saya nak sangat beli.
 
Dia: Saya tak berada di Shah Alam sekarang. Hujung bulan Disember baru pulang. Saya ada kursus di Miri. Kamera ada pada saya.
 
Saya: Alamak! Musnahlah harapan saya, bos. Saya nak hadiahkan kepada adik sempena Krismas. Kalau nak beli yang baru, mahal sangat.
 
Dia: Kamera boleh pos, tak? Atau mahu saya pos kepada adik? Tapi kena janji dengan saya, lepas dapat kamera jangan lari pula.
 
[Kisah lanjut disiarkan di portal berita Free Malaysia Today pada 25 November 2013 - BACA DI SINI (Bahagian 1) dan DI SINI (Bahagian 2). Pada 29 November 2013, watak "Dia" mengakui identiti sebenar dirinya. Sehingga 18 Januari 2014 - tarikh kemas kini - "Dia" belum memulangkan wang berkenaan.]