10 Aug 2013

Saya Mahu Membeli Buku Anda

Jika anda menerbitkan sendiri (self-publish) buku anda pada tahun ini (2013), saya berminat membeli senaskhah (sahaja) untuk dipromosikan di blog saya.
 
Buku yang diterbitkan sendiri bermakna nama anda (penulis) atau syarikat milik anda (penulis) dinyatakan sebagai “penerbit” pada buku berkenaan.
 
Jika buku anda diterbitkan pihak lain (bukan self-published), maka pertukaran buku (book swap) boleh diuruskan.
 
Buku berkenaan boleh sahaja ditulis dalam mana-mana bahasa tetapi saya tidak berminat jika karya anda “membunuh bahasa” (mana-mana bahasa).
 
Buku fiksyen, sastera atau ilmiah itu boleh sahaja menyentuh mana-mana bidang tetapi saya tidak berminat jika karya itu bersifat “etnosentrik, ultra kiasu, rasis, taksub dan fanatik”.
 
Buku terbabit mestilah (wajib) ada ISBN.
 
Saya akan menulis ulasan ringkas mengenai buku itu di blog saya sebagai promosi. Ulasan itu mungkin juga disiarkan di portal berita dalam talian; jika sesuai.
 
Tawaran ini tidak dibuka kepada puak anti-Kavyan dan anti-Uthaya.
 
Sila hubungi saya menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my untuk urusan lanjut. Mesej yang dikirim melalui SMS mungkin akan dibaca tetapi tidak akan dilayan.