17 Mar 2013

Cerpen Mahendran

Saya membeli akhbar Berita Harian pada Ahad, 17 Mac 2013 semata-mata untuk membaca cerpen “Yang Dibuang Itu” karya M. Mahendran. Memang sangat membanggakan untuk melihat “kemunculan” semula pengarang berbakat ini. Untuk makluman, beliau adalah penulis senior dan seangkatan dengan Saroja Theavy Balakrishnan. Saya membaca cerpen-cerpen mereka berdua sejak sebelum saya sendiri bergelar penulis. Sila KLIK DI SINI dan DI SINI untuk maklumat lanjut mengenai Mahendran.
 
Nota hujung: Saya tidak sedar pula akhbar Berita Harian pada hari Ahad tidak lagi digelar Berita Minggu.