4 Jan 2013

Mapley


Perkataan “mapley” (atau lazim dieja “mappillai”) dalam Bahasa Tamil merujuk pada “pengantin lelaki” atau “menantu lelaki”. Bagaimanapun, dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, gelaran “mapley” selalu kedengaran di restoran mamak dan digunakan untuk memanggil pelayan.


Ada pihak yang beranggapan bahawa “masyarakat mamak atau disebut ‘mapley’ di Malaysia adalah keturunan Tamil-Muslim yang berwarganegara Malaysia.” (Sumber: DI SINI)


Sebenarnya, gelaran “mapley” tidak merujuk kepada golongan India-Muslim (mamak) secara umum seperti yang sering kita fikir. Huraian lanjut mengenainya boleh dibaca DI SINI.

* Harap maklum bahawa saya sekadar mengemukakan trivia berkaitan bahasa dan budaya India. Sila berhati-hati (dan tanggung sendiri) apabila anda mengemukakan sebarang komen yang mungkin dianggap sensitif bagi pihak tertentu. Bacalah juga trivia berkaitan paduka dan naga.