Thursday, 3 January 2013

Naga

Dalam konteks Bahasa Malaysia, “naga” biasanya merujuk pada “makhluk rekaan berupa seperti buaya atau ular tetapi bersayap dan berkuku cekam, boleh menghembuskan api dari mulutnya” (Kamus Dewan) atau “dragon” dalam Bahasa Inggeris. Dari situlah juga lahir frasa “tarian naga” melibatkan makhluk mistik dalam budaya Cina.
 
Bagaimanapun, dalam konteks bahasa dan budaya India, “naga” (Sanskrit), “naagam” (Tamil), “nagina” (Hindi) atau “nago” (Bengali) misalnya merujuk pada “ular tedung” (Bahasa Malaysia) atau “cobra” (Bahasa Inggeris). Versi betina kepada “naga” atau “nagina” adalah “nagi” atau “nagini” seperti yang sering ditampilkan dalam filem Hindi sebagai makhluk jelmaan ular.
 
Agak menarik untuk diperhatikan bahawa “naga” iaitu ular tedung (cobra) dalam konteks bahasa dan budaya India bertukar menjadi “naga” iaitu sejenis makhluk rekaan (dragon) dalam konteks bahasa dan budaya Melayu. Istilah “naga” (Jawa) dan “nak” (Thai) masih mengekalkan makna asal daripada Sanskrit.
 

Harap maklum bahawa saya sekadar mengemukakan trivia berkaitan bahasa dan budaya India. Sila berhati-hati (dan tanggung sendiri) apabila mengemukakan sebarang komen yang mungkin dianggap sensitif bagi pihak tertentu. Baca juga - paduka.


No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!