Monday, 3 December 2012

People Like Us

Filem People Like Us (2012) sebuah drama keluarga yang menyentuh perasaan. Biasanya orang mengaitkan frasa “people like us” (PLU) atau “orang macam kita” dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Sebaliknya, filem ini dengan muzik oleh A.R. Rahman adalah tentang hubungan kekeluargaan, tanpa sebarang kaitan dengan isu LGBT. Saya berpeluang menonton filem ini pada pertengahan November 2012. Suka saya menasihatkan peminat tegar novel/filem Nicholas Sparks supaya mengelakkan diri daripada menonton filem ini kerana ini bukan kisah cinta romantik.