Pusingan kedua sudah berakhir dan kini, pusingan ketiga dibuka! [Rujuk
pusingan pertama DI SINI]
Tawaran ini khusus bagi penulis Malaysia
yang menerbitkan sendiri buku-buku mereka.
Bahasa karya: Bahasa Malaysia.
Buku-buku terbabit wajib mempunyai tanda
harga, kod jalur (barcode) dan ISBN.
Saya sedia membeli minimum 50 naskhah buku
anda; tertakluk pada diskaun yang diberikan. Maksimum, 70 naskhah sahaja bagi
setiap judul.
Hanya karya-karya bermutu dari segi bahasa
dan kandungan akan diberi perhatian. (Buku-buku yang ada unsur pencemaran
bahasa, seks dan berahi tidak akan dipertimbangkan langsung.)
Penulis yang berminat perlu menyerahkan
satu naskhah buku untuk tujuan penilaian (tidak dikembalikan).
Buku-buku akan dinilai dan diluluskan oleh saya sendiri. Keputusan penilaian
adalah muktamad.
Tarikh tutup: 30 November 2012 bagi pusingan kedua. Bagi pusingan ketiga, tarikh tutup pada 31 Januari 2013 (atau lebih awal jika jumlah buku sudah mencukupi)
Bagi buku-buku yang terpilih, bayaran penuh
akan dilakukan dalam masa sekitar tiga bulan selepas buku-buku yang terpilih
itu diserahkan kepada saya.
Sejumlah RM30,000.00 diperuntukkan khusus
bagi tujuan ini dalam usaha membantu rakan-rakan penulis yang menerbitkan
sendiri karya-karya bermutu. Daripada saya mengaut keseluruhan RM30,000.00 ini untuk diri sendiri, lebih baik saya berkongsi bersama rakan-rakan penulis yang turut menerbitkan buku sendiri. [NOTA: Sehingga 10 Disember 2012, ada baki peruntukan RM20,000.00 dan dibawa masuk ke pusingan ketiga.]
Harap maklum bahawa tawaran ini TIDAK dibuka kepada puak “anti-Kavyan”
dan “anti-Uthaya”.
Hubungi saya melalui e-mel, mesej Facebook atau melalui telefon jika anda ada buku-buku yang
anda terbitkan sendiri. Harap maklum bahawa SMS akan dibaca tetapi tidak akan
dibalas.