Draf paling awal cerpen “Tinggalkanlah
Pelabuhan Ini” ditulis pada April 1990 dengan judul “Dia Belum Meninggalkan
Pelabuhan Itu”. Paparan di atas menunjukkan proses penghasilan draf, manuskrip
dan manuskrip akhir – bertulis tangan, bertaip dan bercetak komputer sebelum
terbit dalam bentuk buku (antologi cerpen) pada 1993. Cerpen ini boleh juga
dibaca dalam Surat Dari Madras (1999) yang menang
Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1998/99. Latar Pulau Cinta diperkenalkan menerusi cerpen ini. Sila KLIK foto untuk membesarkan foto di atas.