15 Oct 2012

Hadiahkan Panchayat sempena Deepavali

Sempena sambutan Deepavali pada 13 November 2012, apa kata anda memberikan novel Panchayat: Edisi Khas (2012) sebagai hadiah kepada ahli keluarga, saudara-mara, kenalan dan rakan sekerja yang jauh dan dekat?
 
Harga Pasaran: RM30.00 senaskhah
Harga Deepavali: RM20.00 senaskhah
Tempoh Tawaran: 15 Oktober – 5 November 2012
 
Kos penghantaran melalui pos biasa adalah percuma bagi semua lokasi di Malaysia (termasuk Semenanjung Malaysia).
 
Begini caranya:
 
Hubungi Uthaya Sankar SB melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my [jangan terlupa .my] atau mesej melalui Facebook jika berminat membeli novel ini sebagai hadiah Deepavali.
 
Uthaya Sankar SB akan memberikan nombor akaun bank untuk tujuan deposit bayaran.
 
Selepas deposit dilakukan, hubungi semula Uthaya Sankar SB dan nyatakan: a) tarikh deposit, b) masa deposit, c) nama bank dan d) jumlah deposit.
 
Nyatakan juga: e) nama penerima buku (kepada siapa mahu dihadiahkan) untuk ditulis pada buku, f) alamat lengkap penerima buku (untuk tujuan pos) dan g) nama anda (untuk ditulis sebagai pemberi hadiah).
 
Maklumat berikut akan ditulis tangan oleh Uthaya Sankar SB pada halaman dedikasi di buku yang mahu dihadiahkan itu: nama penerima (seperti yang anda berikan), nama pengirim (nama anda) dan ucapan “Selamat Meraikan Deepavali”. Setiap naskhah juga akan ditandatangani oleh Uthaya Sankar SB.
 
Buku akan dikirim melalui pos biasa dalam masa selewat-lewatnya dua hari selepas bayaran (deposit bank) diterima; kecuali Ahad dan cuti umum.
 
Selepas buku dikirim, anda akan dimaklumkan melalui e-mel atau mesej Facebook.
 
Harap maklum bahawa pesanan buku menerusi panggilan telefon dan/atau SMS tidak akan dilayan.
 
Sila hubungi uthayasb@yahoo.com.my atau kirim mesej menerusi Facebook jika ada sebarang pertanyaan.
 
Jadikan sambutan Deepavali pada tahun ini lain daripada yang lain!