Mohd Faizal Musa yang lebih dikenali
sebagai “Faisal Tehrani” adalah antara penulis
generasi muda yang amat wajar ditelaah pemikirannya menerusi karya-karya yang
dihasilkan. Novel-novelnya sering menimbulkan kontroversi kerana “dilabel”
sebagai mengangkat mazhab Syiah. Apa yang terlupa atau diabaikan oleh
pengkritik adalah bahawa Faisal sesungguhnya mengkaji mazhab itu secara ilmiah
dan mendalam supaya sesuai dengan watak-watak bermazhab Syiah yang muncul dalam
karya. Bagi pembaca “Bukan Islam” seperti saya, Faisal membantu memahami
nilai-nilai sebenar dalam agama Islam secara menyeluruh tanpa “terikat” pada
mazhab-mazhab tertentu. Sekiranya Faisal cuba dihalang daripada berkarya
berdasarkan kajian ilmiah dan fakta yang sahih, maknanya pengkritik menafikan “kebenaran”
yang menjadi aspek penting dalam mana-mana agama. Saya percaya bahawa Faisal
akan meneruskan gaya penulisannya demi membuktikan kebenaran dan nilai sebenar
dalam Islam. Selamat Menyambut Hari Malaysia!